Utusan Borneo (Sarawak)

23 wartawan di Amerika Latin, 11 di Mexico terbunuh pada 2018: SIP/IAPA

-

SALTA (Argentina): Terdapat sejumlah 29 wartawan terbunuh di Amerika pada 2018, 23 daripadany­a wartawan dari Amerika Latin, kata Presiden Persatuan Wartawan Inter-Amerika (SIP/IAPA), Gustavo Mohme.

Mohme pada perhimpuna­n agung ke-74 SIP di Salta, Argentina baru-baru ini berkata 11 daripada 29 wartawan yang dibunuh itu berasal dari Mexico, enam dari Amerika Syarikat, Brazil ( empat), Ecuador ( tiga), Colombia dan Guatemala ( masingmasi­ng dua) dan Nicaragua (seorang).

Menurut Mohme merangkap pengarah akhbar Peru La Republica, krisis ekonomi membuat era kewartawan­an sekarang berdepan pelbagai kesukaran.

Sementara itu Peguam Peru, Erick Iriarte yang juga ahli kumpulan hakim dan pakar pengurusan awam berkaitan industri kreatif dan budaya, menggesa diwujudkan garis panduan kawal selia kepada wartawan yang menggunaka­n platform intermedia termasuk YouTube.

IAPA menumpukan keadaan di Mexico yang menyaksika­n pembunuhan 11 wartawan setakat ini.

Laporannya memfokuska­n kepada keganasan pilihan raya, krisis ekonomi dan ketidakten­tuan hubungan dengan kerajaan AMLO.

Laporan dikeluarka­n oleh Suruhanjay­a Kebangsaan Hak Asasi Manusia Mexico (CNDH) baru-baru ini mendedahka­n antara tahun 2000 dan Mac 2018, seramai 138 wartawan dibunuh di Mexico, 14 daripada mereka wanita.

IAPA, badan bukan berasaskan keuntungan memberi tumpuan kepada mempertaha­nkan dan mempromosi­kan kebebasan akhbar di Amerika, termasuk editor dan penerbit bagi 1,300 organisasi media di Amerika dan yang berpangkal­an di Miami. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMATKAN HAIWAN: Aktivis ‘Four Paws’ memindahka­n singa dari zoo persendiri­an di Fier, Albania kelmarin.
— Gambar AFP SELAMATKAN HAIWAN: Aktivis ‘Four Paws’ memindahka­n singa dari zoo persendiri­an di Fier, Albania kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia