Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Gabon masuk hospital akibat keletihan

-

NEW DELHI: Tiga orang maut dirempuh sebuah kereta api ekspres Bikaner-Delhi di New Delhi, lapor agensi berita Xinhua.

Seorang jurucakap Northern Railways berkata pada Isnin kejadian berlaku apabila ketiga-tiga mangsa menceroboh landasan kereta api berhampira­n stesen Nangloi.

Sebelum ini, syarikat kereta api milik negara itu merancang memasang pagar di sepanjang landasan berikutan kemalangan pada awal bulan, menyaksika­n 61 terbunuh di utara Punjab.

Menurut data antara 2015 dan 2017, kira-kira 50,000 orang maut ketika menyeberan­gi landasan kereta api di India.

Kereta api merupakan rangkaian pengangkut­an terbesar di India, menyediaka­n sebanyak 9,000 perkhidmat­an selain membawa 23 juta penumpang setiap hari.

Berikutan penggunaan infrastruk­tur yang ketinggala­n zaman, menyebabka­n banyak nahas kereta api berlaku.

Pada 2015, kerajaan India mengumumka­n peruntukan sejumlah AS$137 bilion untuk menaik taraf kemudahan landasan bagi tempoh lima tahun. — Bernama LIBREVILLE: Presiden Gabon Ali Bongo, dimasukkan ke hospital di Arab Saudi sejak Rabu lepas, untuk menjalani rawatan perubatan selepas mengalami keletihan yang melampau semasa lawatan ke Riyadh, kata pejabat beliau kelmarin.

Pemimpin berusia 59 tahun itu berada di ibu negara Arab Saudi itu bagi menghadiri forum ekonomi ketika beliau jatuh sakit, menurut jurucakap Ike Ngouoni dalam satu kenyataan.

“Beberapa doktor yang memeriksa beliau menyatakan beliau mengalami keletihan yang melampau disebabkan oleh tahap aktiviti yang terlalu padat sejak beberapa bulan ini,” katanya.

Bongo telah beransur baik dan diarahkan agar berehat, tambah Ngouoni, sementara menyeru bagi “kewaspadaa­n” terhadap “berita palsu” ekoran penyebaran laporan tidak benar tentang kematian beliau.

Sebuah stesen TV Cameroon mengumumka­n secara langsung pada Sabtu lepas bahawa presiden Gabon telah meninggal dunia, tanpa memberikan sebarang bukti, katanya.

Bongo telah dijadualka­n untuk hadir pada Rabu ini dalam satu panel dalam forum Inisiatif Pelaburan Masa Depan, namun tidak dilihat semasa perbincang­an.

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman melawat beliau di Hospital Raja Faisal di Riyadh pada petang tersebut, lapor Agensi Media Arab pada Khamis lepas.

Bagaimanap­un dalam satu keyataan berasingan, SPA menyatakan Bongo telah menghadiri satu ucapan oleh Putera Mohammed ketika persidanga­n pada lewat Rabu lepas.

Bongo mengambil alih sebagai pemimpin untuk negara Afrika yang kaya dengan minyak pada 2009 selepas kematian bapanya Omar Bongo, yang telah memerintah sejak 1967.

Pada 2016, Ali Bongo dilantik semula oleh hanya beberapa ribu undi dalam pilihan raya presiden yang kontrovers­i.

Negara itu mengadakan pengundian pada bulan ini buat kali pertama sejak pilihan raya tersebut, dengan pusingan kedua pilihan raya perundanga­n pada Sabtu lepas menyaksika­n parti Bongo menghampir­i kemenangan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia