Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan udara Israel bunuh tiga rakyat Palestin

-

KOTA GAZA, Wilayah Palestin: Tiga rakyat Palestin terbunuh kelmarin dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjun­g Gaza, kata kementeria­n kesihatan di enklaf tersebut.

Jurucakap kementeria­n Ashraf al-Qudra berkata kru kecemasan telah membawa mayat mangsa yang terbunuh, kelihatan berusia lingkungan awal remaja, ke sebuah hospital di Gaza.

Pihak kementeria­n Israel menyatakan bahawa salah sebuah pesawatnya telah menembak ke arah sekumpulan rakyat Palestin berhampira­n sempadan Gaza.

“Tidak lama sebelum itu, tiga rakyat Palestin telah menghampir­i pagar keselamata­n di selatan Semenanjun­g Gaza, cuba untuk merosakkan­nya dan kelihatan terlibat dalam meletakkan bahan letupan buatan sendiri berhampira­n dengannya,” kata satu kenyataan.

“Sebagai respons, sebuah pesawat IDF (Pasukan Pertahanan Israel) menembak ke arah mereka.”

Ketegangan semakin me- ningkat di sepanjang sempadan Gaza-Israel sejak rakyat Palestin memulakan satu gelombang bantahan di sempadan pada Mac lepas.

Sekurang-kurangnya 217 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel dalam bantahan selama beberapa bulan di sepanjang sempadan.

Seorang anggota tentera Israel terbunuh semasa keganasan dalam tempoh yang sama.

Militan Israel dan Palestin di Gaza, diuruskan oleh pergerakan Islam Hamas, telah bertempur dalam tiga peperangan sejak 2008.

Beberapa serangan ketenteraa­n berlaku dalam masa beberapa bulan sejak bantahan bermula, menimbulka­n kebimbanga­n akan meletusnya peperangan baharu antara kedua-dua pihak.

Kejadian terbaharu berlaku ketika militan Palestin sejak dari Jumaat hingga Sabtu melepaskan tembakan roket ke selatan Israel, yang kemudian membalas dengan serangan udara yang sengit.

Keganasan itu akhirnya tamat selepas Jihad Islam, kumpulan militan Palestin yang melancarka­n roket, menyatakan ia bersetuju kepada gencatan senjata yang diatur oleh Mesir. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MATI SYAHID: Seorang lelaki melihat jenazah tiga rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjun­g Gaza, di rumah mayat Hospital Al-Aqsa kelmarin.
— Gambar AFP MATI SYAHID: Seorang lelaki melihat jenazah tiga rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjun­g Gaza, di rumah mayat Hospital Al-Aqsa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia