Utusan Borneo (Sarawak)

Haiwan diselamat dari zoo Albania

-

FIER: Polis Albania kelmarin memecahkan pintu kandang di sebuah zoo persendiri­an dan memindahka­n 11 haiwan termasuk tiga singa dan seekor beruang yang didapati dikurung dalam keadaan yang “sangat teruk”, menurut beberapa aktivis kebajikan haiwan.

Selepas pemilik zoo persendiri­an di Fier, kira-kira 100 kilometer di selatan bandar utama Tirana, dikatakan enggan memberikan kerjasama, pihak berkuasa memecah masuk ke kawasan di mana semua haiwan itu dikurung bagi memberikan akses kepada veterinari, lapor seorang koresponde­n AFP di tempat kejadian.

Kesemua haiwan di zoo tersebut kemudian diberikan ubat penenang bagi membolehka­n mereka dipindahka­n dengan selamat ke zoo Tirana.

“Keadaan hidup bagi haiwan di zoo ini adalah sangat teruk, ia merupakan cara paling teruk bagi memelihara haiwan,” tegas Ioana Gabriela Dungler dari “Four Paws”.

Pemiliknya Petrit Osmani, yang telah mengendali­kan zoo itu selama kira-kira 15 tahun, menentang sepenuhnya serbuan tersebut.

“Kamu tidak mempunyai hak! Kesemua haiwan ini adalah anak-anak saya, kamu telah mengambil anak-anak saya!” dia memprotes, sambil menambah bahawa dia akan mengemukak­an satu aduan bagi penceroboh­an kawasan persendiri­an.

Zoo tersebut telah dikunjungi pada Julai oleh beberapa aktivis dari “Four Paws” yang kemudian memaklumka­n pihak berkuasa mengenai keadaan yang “sangat teruk” di sana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia