Utusan Borneo (Sarawak)

Faktor penting dalam kejayaan golongan kaya baharu di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Instrumen perbankan dalam talian adalah kunci kepada pengurusan kewangan efektif dengan pembayaran, pindahan, pelaburan dan nasihat kewangan tersedia di hujung jari.

Menurut Kajian Golongan Kaya Baharu 2018 Standard Chartered, 64 peratus daripada golongan kaya baharu Malaysia percaya menguruska­n wang mereka secara digital telah membantu mereka semakin hampir mencapai matlamat kewangan mereka dan 67 peratus merasakan kebiasaan dengan instrumen digital menjadi faktor penting dalam kejayaan peribadi mereka.

Selain itu, 63 peratus pengguna golongan kaya baharu di Malaysia berkata mereka merasakan dapat lebih mengawal wang dan pelaburan mereka hasil daripada perbankan dalam talian.

Menurut kajian itu, rakyat Malaysia juga menerima pakai pengurusan harta digital dengan 58 peratus mengatakan mereka akan melabur dalam produk kewangan dalam talian dengan bantuan daripada penasihat atas permintaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia Abrar Anwar berkata pengguna golongan kaya baharu berada di trajektori menaik dan memerlukan perkhidmat­an kewangan yang mudah dan selesa dan teknologi digital untuk mengembang­kan akses kepada pengurusan wang dan mengukuhka­n kedudukan kewangan mereka.

Abrar berkata produk kewangan digital membolehka­n golongan kaya baharu untuk mencapai matlamat mereka dan instrumen ini penting dalam membantu mereka membawa kejayaan kewangan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

“Keyakinan terhadap teknologi baharu penting bagi mereka yang mahu menjadi celik kewangan digital dan akan membolehka­n mereka memanfaatk­an teknologi perbankan baharu bagi mengurus dan mengembang­kan kekayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Golongan kaya baharu di Malaysia yakin dengan perkhidmat­an dalam talian bank mereka dengan 60 peratus mempercaya­i penasihat dalam talian, dengan sebahagian, atau semua simpanan hayat mereka.

Bagaimanap­un kepercayaa­n terhadap institusi kewangan hanya dalam talian turun mendadak, dengan hanya 39 peratus menyatakan mereka akan melakukan perkara yang sama bagi bank hanya dalam talian.

Abrar berkata kajian itu juga mendedahka­n tidak bergerak seiring dengan kepantasan teknologi boleh menghalang golongan kaya baharu daripada mencapai matlamat kekayaan mereka sama sekali.

Kajian Golongan Kaya Baharu 2018 bertajuk, ‘Climbing the Prosperity Ladder’, menyelidik pandangan 11,000 pengguna golongan kaya baharu dari 11 pasaran di Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Mereka adalah individu yang mempunyai wang mencukupi untuk berbelanja, menabung dan melabur dan kuasa ekonomi mereka memberi impak kepada pertumbuha­n pasaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: M Jana Santhiran ketika melakukan gimik perasmian Johor Port Week 2018 di Hotel Double Tree, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: M Jana Santhiran ketika melakukan gimik perasmian Johor Port Week 2018 di Hotel Double Tree, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia