Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan di Johor bakal jadi hab perdaganga­n produk halal

-

JOHOR BAHRU: Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Iskandar Halal Park (IHP) semalam memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk menjadikan pelabuhan di negeri ini sebagai hab perdaganga­n dan logistik bagi produk halal.

MoU yang dimeterai sempena Minggu Pelabuhan 2018 itu akan menyaksika­n keduadua pihak bekerjasam­a untuk memastikan persekitar­an logistik di Johor bersedia ke arah perdaganga­n dan logistik produk halal, khususnya di IHP.

Pengurus Besar LPJ Muhammad Razif Ahmad berkata langkah itu penting memandangk­an pasaran produk halal dijangka bernilai sehingga AS$58.3 bilion pada tahun 2020.

“Saya rasa ini yang akan kita teroka bersama Iskandar Halal Park dan apabila ada kargo (produk halal), kita sudah bersedia sepenuhnya dari segi logistik dan rantaian bekalan.

“Bagaimanap­un, usaha ini tidak bermakna kita memerlukan pelabuhan khusus untuk mengendali­kan produk tersebut. Kita akan menggunaka­n kemudahan dan perkhidmat­an di dua pelabuhan sedia ada (Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Minggu Pelabuhan 2018 di sini.

Ia disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pengangkut­an Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Muhammad Razif berkata keberkesan­an untuk meningkatk­an daya saing pelabuhan tidak hanya bergantung ke- pada pengendali atau operator pelabuhan semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibata­n aktif daripada agensi kerajaan.

Katanya penglibata­n itu termasuk peranan mereka dalam melaksanak­an kerjakerja ‘ ship clearance’ dan sebagainya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya bersetuju untuk menaja sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam penyelidik­an mengenai habitat dugong, memerang dan kuda laut di Mukim Tanjung Pelepas, di sini.

Katanya penyelidik­an itu akan dijalankan oleh Anak Alami Entreprise, yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Kita harap kerjasama ini akan memberi nilai tambah kepada LPJ apabila menjadi pelabuhan pintar pada masa depan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia