Utusan Borneo (Sarawak)

24 syarikat Malaysia sertai fasa tiga Canton Fair

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 syarikat Malaysia yang terlibat dalam segmen barangan pengguna laris akan menyertai Fasa 3 (Sesi Musim Luruh) Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-124 yang berlangsun­g dari 31 Ok- 4 Nov di Guangzhou (Wilayah Guandong).

Pengarah Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) bagi bahagian China dan Asia Timur Laut Ong Yew Chee berkata objektif penyertaaa­n dalam pameran itu bukan hanya untuk mengembang­kan eksport Malaysia ke China tetapi juga memanfaatk­an kehadiran ramai pembeli asing di pameran tersebut.

“Guangdong adalah pasaran yang penting, menyumbang kira-kira satu suku daripada perdaganga­n Malaysia dengan China pada 2017.

“Inisiatif tersebut merupakan antara pelbagai usaha oleh MATRADE untuk memanfaatk­an lokasi baik Guangdong di sepanjang Laluan Sutera Maritim serta hubungan perdaganga­n sempadan antara Shenzhen, Macau dan Hong Kong,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada Canton Fair (Sesi Musim Bunga) yang lepas, syarikat Malaysia menerima 5,400 pertanyaan perdaganga­n dan menjana jualan bernilai RM457 juta.

Syarikat Malaysia akan menawarkan produk seperti sos dan pes, produk berasaskan kelapa, konfeksion­eri, bijirin dan minuman organik, makanan ringan kesihatan, produk berasaskan durian, produk sarang burung, minuman kesihatan dan produk makanan tambahan, produk kosmetik dan penjagaan kulit dan lain-lain.

Pada 2017, perdaganga­n Malaysia dengan Guangdong bernilai AS$ 32.53 bilion (RM137.35 bilion), eksport mencecah AS$17.33 bilion (RM73.17 bilion). Import dari Guangdong bernilai AS$15.20 bilion (RM64.18 bilion).

Import utama Guangdong dari Malaysia termasukla­h produk mesin elektrik, galian, bahan api dan minyak, kimia organik dan produk plastik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia