Utusan Borneo (Sarawak)

QSR Brands, Takexco Malaysia meterai perjanjian pengedaran

-

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan penyedia penyelesai­an kebersihan berpangkal­an di Jepun, Takexco Malaysia Sdn Bhd (Takexco), untuk menjadi pengedar tunggal produk sanitiser gredmakana­n diperakui halal di Malaysia.

Pengarah Urusan QSR Brands Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata kerjasama dengan Takexco itu adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mengukuhka­n hubungan perdaganga­n Malaysia dengan Jepun.

“Dengan kompetensi dan daya saing teknologi Jepun dan tenaga kerja mahir Malaysia serta persekitar­an pelaburan yang terbaik, terdapat pelbagai potensi besar kerjasama yang boleh diteroka lagi oleh kedua-dua negara, terutamany­a dalam industri halal,” katanya kepada pemberita selepas majlis permeterai­an MoU itu, di sini, semalam.

Mengikut kerjasama itu, QSR Trading, cabang pemasaran dan pengedaran QSR Brands, akan menjadi pengedar tunggal produk sanitiser etanol gred-makanan diperakui halal pertama dunia dengan perjanjian penjenamaa­n bersama di bawah QSR Brands.

Produk tersebut, iaitu Takex Clean QSR dan Takex Clean Extra QSR, yang diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan digunakan di semua 48 cawangan Kedai Ayamas di negara ini.

Presiden Takex Co Ltd, Kumi Okada berkata perkongsia­n penjenamaa­n bersama itu menetapkan penanda aras bagi persekitar­an bersih dan keselamata­n makanan yang mematuhi standard halal JAKIM.

Takex Clean QSR dan Takex Clean Extra QSR adalah ejen menyah jangkit berasaskan etanol yang mengandung­i ekstrak daripada epidermis buluh, Phyllostac­hys pubescens, sebagai bahan aktif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia