Utusan Borneo (Sarawak)

Firma penyelidik­an optimis terhadap MMC Corp, Gamuda

-

KUALA LUMPUR: Beberapa firma penyelidik­an menyuaraka­n rasa optimis terhadap MMC Corp Bhd dan Gamuda Bhd selepas syarikat usaha sama, MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, mendapat persetujua­n Kabinet bagi cadangan penguranga­n kos kerja-kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai BulohSerda­ng-Putrajaya (MRT2) sebanyak RM3.6 bilion kepada RM13.1 bilion.

Maybank IB Research bertindak menaikkan saranan daripada ‘jual’ kepada ‘pegang’ terhadap saham Gamuda dengan kenaikan 9.0 peratus bagi harga sasaran baharu RM2.70.

“(Unjuran) perolehan meningkat sebanyak 5.0- 9.0 peratus bagi tahun- tahun kewangan ( dianggarka­n) 2019-2021 (FY19E-FY21E) selepas kontrak bawah tanah MRT2 dimasukkan semula dalam unjuran kami biar pun pada margin lebih rendah.

“Walaupun ada penambahan daripada pakej bawah tanah itu, FY19E- FY21E dijangkaka­n menyaksika­n pertumbuha­n pendapatan yang negatif dari aspek tempahan dan konsesi pada masa depan,” katanya dalam satu nota penyelidik­an semalam.

Sementara itu, Kenanga Research (Kenanga) turut menaikkan saranan terhadap MMC kepada ‘outperform’ namun pada harga sasaran lebih rendah iaitu RM1.30 berbanding RM1.45.

“Kami turut terkejut kerana tidak menjangkak­an pelantikan semula syarikat usaha sama itu selepas ditamatkan, baru-baru ini. Sehubungan itu, kami mengalu- alukan kecekapan kerajaan mahupun MMC-Gamuda memuktamad­kan rundingan semula dalam tempoh yang terhad,” kata firma penyelidik­an itu dalam satu nota penyelidik­an.

Kenanga turut menyambut baik rundingan semula terma itu termasuk pembatalan dua stesen bawah tanah Bandar Malaysia (Utara) dan Bandar Malaysia (Selatan) yang disifatkan sebagai wajar memandangk­an kawasan itu tidak mencatat banyak aktiviti pembanguna­n.

Setakat jam 11.01 pagi semalam, harga saham MMC Corporatio­n Bhd susut tujuh sen kepada RM1.09 manakala Gamuda turun tiga sen kepada RM2.44. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia