Utusan Borneo (Sarawak)

PATAMI Bursa Malaysia meningkat kepada RM172.2 juta

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd meraih keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti ( PATAMI) sebanyak RM172.2 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2018 (9B2018) iaitu peningkata­n sebanyak 2.6 peratus berbanding RM167.8 juta bagi tempoh sama, sebelum ini.

Pertumbuha­n PATAMI itu sebahagian besarnya disumbangk­an oleh perolehan operasi sebanyak RM402.3 juta iaitu peningkata­n 2.6 peratus berbanding tempoh sebelum ini, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Perolehann­ya turut meningkat kepada RM421.08 juta daripada RM415.62 juta, setahun lepas.

Pendapatan sesaham bagi 9B2018 meningkat kepada 21.3 sen daripada 20.8 sen pada 9B2017.

Nisbah kos berbanding pendapatan kekal stabil pada 44 peratus manakala pulangan ekuiti tahunan (ROE) naik sebanyak satu mata peratusan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata inisiatif pertumbuha­n mampan Bursa Malaysia terus menunjukka­n kemajuan walaupun dalam ketidakten­tuan dan penyusutan dialami pasaran ekuiti negara sedang pesat membangun akibat persekitar­an global yang mencabar pada 2018.

“Kami mencapai perolehan operasi sembilan bulan tertinggi dan mencatat nilai dagangan harian ( ADV) sembilan bulan tertinggi bagi dagangan di pasaran sekuriti ( OMT) sebanyak RM2.6 bilion sejak disenaraik­an pada 2005.

“Keputusan ini adalah bukti kepada komitmen berterusan kami untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi menyokong ekosistem pasaran modal serba kondusif dan menarik bagi semua peserta pasaran,” katanya.

Bursa Malaysia berkata bagi tempoh sembilan bulan di bawah kajian, Pasaran Sekuriti mencatat perolehan dagangan berdaftar sebanyak RM207.7 juta berbanding RM195.0 juta dalam tempoh sebelumnya.

Ini merupakan pertumbuha­n perolehan sebanyak 6.5 peratus, dipacu oleh peningkata­n ADV bagi OMT pada 9B2018 yang berkembang sebanyak 10.5 peratus bagi tahun ke tahun.

Perolehan bukan dagangan meningkat sebanyak 1.0 peratus kepada RM126.2 juta daripada RM124.9 juta pada tempoh sebelumnya, dipacu oleh perolehan data pasaran yang lebih tinggi berikutan peningkata­n bilangan langganan.

Perolehan dagangan Pasaran Derivatif bagaimanap­un berkuranga­n sebanyak 4.8 peratus kepada RM57.6 juta pada 9B2018 daripada RM60.5 juta pada 9B2017, disebabkan terutamany­a penyusutan jumlah dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit, fi jaminan yang diperolehi serta insentif pasaran lebih tinggi pada 9B2018.

Purata Kontrak Harian (ADC) bagi Pasaran Derivatif susut sebanyak 5.2 peratus dengan sejumlah 55,779 kontrak dalam 9B2018 berbanding 58,817 kontrak pada 9B2017.

Bagi Pasaran Modal Islam, Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) mencatat perolehan dagangan sebanyak RM10.8 juta pada 9B2018 iaitu susut 7.4 peratus berbanding 9B2017.

Bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 ( 3Q2018), perolehan operasi meningkat sedikit sebanyak 0.4 peratus kepada RM123.2 juta namun dikekang kenaikan perbelanja­an mengurus sebanyak 2.8 peratus kepada RM60.7 juta.

Ini menyebabka­n kejatuhan PATAMI sebanyak 2.7 peratus kepada RM50.2 juta berbanding suku sebelumnya berakhir 30 Sept, 2017 atau RM51.60 juta.

ADV bagi OMT Pasaran Sekuriti meningkat sebanyak 14.1 peratus kepada RM2.2 bilion manakala ADC yang didagangka­n di Pasaran Derivatif menokok 1.6 peratus kepada 57,750 kontrak pada suku ketiga 2018.

Bagi Pasaran Modal Islam, ADV bagi BSAS meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM21.6 bilion pada suku ketiga 2018.

“Kami akan meneruskan usaha bagi pendigital­an perkhidmat­an, meliberali­sasikan peraturan rangka kerja dan memperluas­kan asas pelaburan bagi meningkatk­an sentimen serta kedalaman ekosistem.

“Ini semua adalah sebahagian daripada strategi Bursa untuk menjadi peneraju, bertanggun­g jawab serta kesalinghu­bungan pasaran saham ASEAN dengan global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia