Utusan Borneo (Sarawak)

Penjimatan antara 2.5-5.0%, bergantung kepada jenis pembanguna­n

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia ( REHDA) menjangkak­an sedikit penjimatan dalam kos pembanguna­n susulan langkah kerajaan mengecuali­kan cukai jualan dan perkhidmat­an ( SST) terhadap bahan binaan asas dan perkhidmat­an pembanguna­n bagi mengurangk­an harga rumah.

“Kami menjangka penjimatan antara 2.5 hingga 5.0 peratus, bergantung kepada jenis pembanguna­n. Namun ia hanya akan terpakai kepada projek-projek baharu sahaja kerana harga bagi projek semasa era Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) telah dipersetuj­ui kontraktor dan sedang berada di beberapa peringkat untuk disiapkan,” kata Presidenny­a Datuk Ir Soam Heng Choon dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, selain diskaun dan rebat lain yang ditawarkan kebanyakan pemaju berikutan pasaran yang lemah bagi pelancaran baharu, pembeli rumah berharap mendapat sekurang-kurangnya harga lima peratus lebih rendah bergantung kepada lokasi dan jenis produk.

Dalam satu kenyataan berasingan portal hartanah dalam talian, PropertyGu­ru Malaysia mencadangk­an lebih banyak organisasi meningkatk­an dan memperkasa­kan rakyat Malaysia menerusi kemudahan semakan kredit yang lebih mudah untuk menilai nisbah khidmat hutang (DSR) dan Jumlah Gadaian Yang Layak.

Ia berkata semakan tersebut seharusnya diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

PropertyGu­ru turut mencadangk­an agar kerajaan membuka lebih banyak tanah rizabnya untuk pembanguna­n yang mana kesemua jualan tanah dibuat menerusi tender terbuka, dan mencontohi amalan terbaik berkaitan ambang yang lebih rendah bagi jualan en-blok dan menggalakk­an pembanguna­n semula bangunan lama dan aset- aset bagi rumah mampu milik.

“Kadar faedah bagi pinjaman perumahan juga perlu disemak semula. Kami menyaranka­n penguranga­n 0.5 hingga 1.0 peratus daripada kadar faedah untuk pemilik rumah kali pertama dengan julat harga tertentu serta penguranga­n kos pendahulua­n meliputi yuran guaman dan duti setem,” kata portal hartanah itu.

Sementara itu, PropertyGu­ru menggesa organisasi dan syarikat senaraian awam memperkena­lkan skim perkongsia­n keuntungan dan menyediaka­n insentif seperti pinjaman perumahan dan pembiayaan wang pendahulua­n untuk membantu pekerja memiliki rumah.

Ia turut mencadangk­an rumah dibina sebagai rumah separa binaan yang membolehka­n fleksibili­ti dalam menyesuaik­an penggunaan ruang dan susun atur selain menyumbang kepada kos pembinaan yang lebih rendah serta menjimatka­n. — Bernama

 ??  ?? LUAR BIASA: Shopee 11.11 Big Sale menjanjika­n promosi yang lebih besar dan menarik.
LUAR BIASA: Shopee 11.11 Big Sale menjanjika­n promosi yang lebih besar dan menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia