Utusan Borneo (Sarawak)

Anchanto sasar 30 peratus sumbangan pendapatan daripada operasi di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Platform logistik dan e-dagang yang berpangkal­an di Singapura, Anchanto Pte Ltd menjangka operasinya di Malaysia akan meningkatk­an sumbangan pendapatan­nya kepada 30 peratus menjelang 2020 berbanding kurang daripada 10 peratus pada masa ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Vaibhav Dabhade berkata, ini boleh dicapai melalui kerjasaman­yadenganPe­rbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyediaka­n peralatan, kemahiran dan kesalinghu­bungan bagi perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk mengurus platform edagang mereka.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun, Malaysia telah berkembang dengan pesat dalam ruang e-dagang rentas sempadan berikutan sokongan kuat daripada kerajaan melalui inisiatif e-dagang seperti Zon Perdaganga­n Bebas Digital Malaysia serta infrastruk­tur antara bandar dan dalam bandar yang baik.

“Kami telah memulakan operasi sepenuhnya di Malaysia hanya enam bulan lalu.

“Pada peringkat ini, sumbangan dari Malaysia berjumlah kurang daripada 10 peratus tetapi kami percaya dengan pertumbuha­n yang kami lihat sepanjang enam bulan yang lalu, operasi di sini akan menyumbang 30 peratus kepada pendapatan kami menjelang 2020,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Vaibhav berkata, Malaysia adalah satu daripada pasaran paling maju di rantau ini.

“Jika anda melihat sekitar Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand masih berkembang dari segi e-dagang. Singapura adalah pasaran maju tetapi ia adalah pasaran kecil,” katanya.

Setakat ini, Anchanto telah melabur lebih RM500,000 di Malaysia dan dijangka mem- peruntukka­n lebih RM1.5 juta dalam dua tahun akan datang untuk pengembang­an perniagaan.

“Pada masa ini, kami mempunyai satu pasukan enam orang di sini. Kami akan meneroka pelan perniagaan (kami) dan mungkin akan meningkat kepada 50 orang menjelang 2020. Ini termasuk jurulatih, perunding dan sokongan pelanggan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai bidang-bidang yang diperlukan Malaysia untuk meningkatk­an ruang e- dagang, Vaibhav berkata, negara ini perlu mengukuhka­n infrastruk­turnya untuk kesambunga­n rentas sempadan.

“Sambungan rentas sempadan di luar Kuala Lumpur merupakan satu daripada cabaran. E- dagang rentas sempadan sangat canggih di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Bagaimanap­un, di bahagian lain di Malaysia, ia masih perlu mengalir ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, satu lagi bidang yang perlu ditingkatk­an ialah penghantar­an akhir di negara ini.

“Lebih banyak pilihan penghantar­an akhir akan meningkatk­an pertumbuha­n e- dagang ( di negara ini). Cabaran lain yang saya lihat ialah infrastruk­tur pergudanga­n. Infrastruk­tur pergudanga­n yang dikongsi sangat maju di Lembah Klang tetapi tiada penyedia perkhidmat­an di luar kawasan ini,” kata Vaibhav.

Anchanto mempunyai kehadiran di Singapura, Filipina, Indonesia dan India dan sedang mendirikan operasi di Australia.

“Kami baru sahaja mula di sana (Australia). Kami akan mempunyai pasukan di lapangan di Sydney menjelang akhir tahun. Kemudian kami akan memberi tumpuan kepada Thailand dan Vietnam,” tambah Vaibhav. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia