Utusan Borneo (Sarawak)

‘Sarawak Furniture & Home Expo’ pada 6-9 Disember di CityOne Megamall

-

KUCHING: Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) akan menganjurk­an acara tahunan ‘Sarawak Furniture & Home Expo’ ketujuh dari 6 sehingga 9 Disember ini di Pusat Pameran CityOne Megamall.

Menurut Presiden SFIA, Lai King Min berkata persatuan tersebut kini sudah menjangkau usia 25 tahun merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan memerlukan dana bagi tujuan pengoperas­ian persatuan.

“Sejak ekspo ini dianjurkan pada 2011 saya percaya kita dapat menarik lebih daripada 20,000 orang pengunjung ditambah pula sekarang hampir dekat dengan musim perayaan Krismas, Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina.

“Menerusiny­a, kita dapat menjana wang untuk tujuan operasi persatuan kami nanti,” katanya ketika bercakap di sidang media Perasmian Sarawak Furniture & Home Expo ketujuh itu semalam.

Menerusi ekspo ini juga para pengunjung dapat membeli pelbagai perabot buatan tempatan dan luar negara dengan harga diskaun yang hebat di bawah satu bumbung.

Selain itu, terdapat juga para pempamer dari ejen hartanah dan pemaju perumahan, peralatan aplikasi elektronik, rekaan dalaman dan banyak lagi

Pihak kita telah menempatka­n 100 buah ruangan untuk disewa oleh para pengusaha perabot dengan ruangan standard berukuran 3 meter x 3 meter.

Bagi para pengusaha yang menempah lebih awal sebelum 30 November ini akan diberikan diskaun hebat 15 peratus.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli- belah perabot kegemaran mereka bahkan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah pada 9 Disember ini dengan pembelian bernilai RM500 ke atas dalam satu resit.

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan ruangan boleh men- ghubungi 082-457270, atau WhatsApp 019-8790802, juga e-mel ke sfia88@gmail.com

Turut hadir sama semalam ialah pengerusi penganjur Sarawak Furniture & Home Expo, Choo Hua Lai, pengurus acara Sarawak Furniture & Home Expo, Allen tan dan ahli jawatankua­sa SFIA, Andy Liew.

 ??  ?? DISKAUN HEBAT: (Dari kiri) Allen, Andy, Choo dan Lai menunjukka­n poster Sarawak Furniture & Home Expo yang akan diadakan bermula 6 sehingga 9 Disember ini di CityOne Megamall di Kuching.
DISKAUN HEBAT: (Dari kiri) Allen, Andy, Choo dan Lai menunjukka­n poster Sarawak Furniture & Home Expo yang akan diadakan bermula 6 sehingga 9 Disember ini di CityOne Megamall di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia