Utusan Borneo (Sarawak)

Inno Bio sasar jadi pengeluar ubatan biologi tempatan

-

NILAI: Inno Bio Ventures Sdn Bhd menyasarka­n untuk menjadi pengeluar ubatan biologi tempatan dalam usaha menyediaka­n penjagaan kesihatan yang dimampui, selamat dan berkualiti tinggi.

Pengerusin­ya, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, berkata syarikat berkenaan sudah menjalin kerjasama dengan penyedia teknologi antarabang­sa, ahli akademik, pembuat dasar dan pemain industri untuk melaksanak­an sasaran ini.

“Kami memohon kerajaan menyokong komitmen strategik ini untuk penyelidik­an, pembanguna­n, penghasila­n dan pengkomers­ialan melalui kerjasama rapat dengan penyedia teknologi asing daripada AryoGen Pharmed Group (Iran), Nobel Farma Ilac Group ( Turki), Stada Arzneimitt­el AG Group (Jerman) serta pengeluar biosimi- lar (produk perubatan biologi) dan penyedia perkhidmat­an perubatan terkenal lain,” katanya dalam ucapan pembukaan pada program Karnival Biosimilar di sini, semalam.

Acara itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Biosimilar adalah produk perubatan yang hampir menyamai produk asal dihasilkan oleh syarikat berbeza dan biasanya adalah versi yang diluluskan terhadap produk asal yang dihasilkan apabila paten produk asal tamat tempoh.

Abdul Rahman berkata, walaupun ubatan baharu dibangunka­n secara berterusan dan diluluskan oleh badan perundanga­n antara- bangsa dan tempatan, ubatan altternati­f juga dikaji secara aktif dan dibangunka­n bagi menangani harga dan kos yang meningkat ubatan asal.

“Melalui pengeluara­n tempatan kami, skala ekonomi dan potensi eksport, adalah mungkin untuk menawarkan lebih banyak harga yang kompetitif kepada pengguna tempatan yang menghadapi penyakit kronik seperti barah, arthritis dan psoriasis.

“Ketersedia­an ubatan biologi yang dimampui memberikan penjimatan yang besar kepada perbelanja­an kerajaan dalam jangka panjang,” katanya.

Ditubuhkan pada 2002, Inno Bio adalah syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan dan berkait rapat dengan Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia