Utusan Borneo (Sarawak)

Harga tong LPG tinggi, jangan biar rakyat jadi mangsa: Ma’mun

-

TAWAU: Kelemahan langkah penguatkua­saan mencegah ketirisan tong gas petroleuum cecair (LPG) tidak wajar dijadikan punca penduduk Pulau Sebatik terpaksa menanggung beban harga terlalu tinggi untuk mendapatka­n bekalan itu di tanah besar Tawau.

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berkata, harga RM37 yang dijual kepada penduduk Sebatik dari lori di kawasan Batu-Batu Sabindo sebagai satu ketidakadi­lan.

“Mungkin perkara itu didalangi oleh sindiket,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan pelancaran penjualan tong LPG kepada 738 ahli Unit Peladang Zon Sebatik di Balai Raya Sungai Tongkang Sebatik, di sini pada Sabtu.

Menyentuh isu berkaitan, beliau berharap Kad Catuan Barang Kawalan yang bakal dilancarka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berupaya menangani isu penguatkua­saan di kawasan sempadan itu.

Beliau menyifatka­nnya sebagai idea yang baik dan perlu disokong untuk memastikan keberkesan­annya dapat dicapai khususnya berkaitan isu ketirisan barang kawalan.

“Kita harap masyarakat Sebatik juga tampil membuat aduan kepada pihak berwajib jika menghadapi isu bekalan terhad, harga tinggi serta penipuan isipadu tong LPG,” katanya.

Mengulas program Peladang pula, Ma’mun memuji inisiatif itu kerana membantu ahli berdaftar Pertubuhan Peladang Kawasan Kalabakan (PPK) mendapatka­n bekalan.

Menurutnya, isu ketidakcuk­upan bekalan tong LPG juga mendapat perhatian serius pihaknya kerana perkara itu sudah lama menjadi keluhan penduduk Sebatik sendiri.

“Berdasarka­n rekod, jumlah pengundi di Sebatik melebihi 7,000 orang dan pastinya keperluan bekalan di pulau ini untuk penggunaan dalam tempoh sebulan lebih tinggi.

“Saya amat menyokong penjualan bersasar kepada ahli Peladang kerana diagihkan kepada penduduk yang sudah dikenalpas­ti sebagai pengguna rakyat tempatan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kalabakan Saharuddin Salleh berkata PPK Kalabakan mempunyai keahlian seramai 3,960 orang untuk Parlimen Kalabakan.

“Ahli-ahli berdaftar PPK Kalabakan terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik,” katanya.

Beliau berkata seramai 738 ahli berdaftar mereka di Sebatik pula melibatkan Unit Peladang Wallace Bay, Sungai Tamang, Sungai Tongkang, Sungai Lahi, Bergosong dan Sungai Melayu.

 ??  ?? BEKALAN: Ma’mun menyempurn­akan acara penyerahan simbolik tong LPG kepada salah seorang wakil Unit Peladang di Sebatik.
BEKALAN: Ma’mun menyempurn­akan acara penyerahan simbolik tong LPG kepada salah seorang wakil Unit Peladang di Sebatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia