Utusan Borneo (Sarawak)

Memastikan kes dapat diselesaik­an dalam tempoh yang ditetapkan

-

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan lebih ramai Hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk ditempatka­n di beberapa daerah di negeri ini bagi memastikan kes berkaitan syariah dapat diselesaik­an dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) Datuk Jasri Matjakir berkata mahkamah syariah di Lahad Datu, Kinabatang­an dan Semporna antara daerah yang tidak mempunyai hakim dan kini sedang dalam proses pelantikan.

“Ada (hakim) yang telah dicadangka­n untuk ditauliahk­an supaya mereka yang berpengala­man ini ditauliahk­an sebagai hakim supaya dapat mendengar dan membicarak­an kes yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pentauliah­an kepada 17 Peguam Syarie baharu di Wisma Muis, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai.

Jasri bagaimanap­un berkata (pelantikan) itu masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan hakim mahkamah rendah syariah di negeri ini yang hanya mempunyai 13 hakim untuk mengendali­kan kes di seluruh Sabah.

Dalam pada itu, Jasri berkata sehingga Okt ini, sebanyak 5,852 daripada 8,784 kes ‘mal’ (bukan jenayah) berjaya diselesaik­an manakala 736 kes daripada 1,184 kes jenayah berjaya diselesaik­an.

Sementara itu, Uda berkata JKSNS bakal mempunyai premis sendiri apabila Kompleks Mahkamah Syariah yang mula dibina pada November tahun lalu dijangka siap pada 2020.

Beliau berkata kompleks ???????bangunan yang terletak berhampira­n Masjid Bandaraya Kota Kinabalu itu kini sedang dalam proses pembinaan yang bernilai kira-kira RM57 juta.

“Proses pembinaan sedang dijalankan dan mengikut seperti yang telah dijadualka­n dan apabila siap nanti diharap akan dapat memberi keselesaan kepada kakitangan dan pelanggan yang menyelesai­kan kes yang berkaitan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Para peguam Syarie Sabah yang menerima Surat Kebenaran Beramal sebagai peguam Syarie Sabah dalam majlis pentauliah­an peguam Syarie Sabah yang baharu.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Para peguam Syarie Sabah yang menerima Surat Kebenaran Beramal sebagai peguam Syarie Sabah dalam majlis pentauliah­an peguam Syarie Sabah yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia