Utusan Borneo (Sarawak)

399 kenderaan, 1,030 peserta sertai cabaran Borneo Safari ke-28

-

KOTAKINABA­LU: Sebanyak 399 kenderaan pacuan empat roda melibatkan sejumlah 1,030 peserta dalam dan luar negara telah menyertai cabaran Borneo Safari ke-28 tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, daripada jumlah itu, seramai 900 peserta adalah dari negara luar yang berasal dari Rusia, Filipina, Ireland, Perancis, Jepun, Brunei, Indonesia, Thailand, Vietnam dan China manakala baki selebihnya adalah peserta Malaysia.

“Saya difahamkan jumlah tajaan kali ini adalah sebanyak RM450,000 keseluruha­n. Tajaan utama adalah daripada Isuzu manakala tajaan platinum adalah daripada UMW Grantt Internatio­nal Sdn Bhd.

“Saya percaya para peserta ini boleh dikatakan sebagai duta kepada Sabah sebab ia selari dengan usaha Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk memperkena­lkan negeri ini sebagai destinasi pelanconga­n di seluruh dunia,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran 28th Borneo Safari Internatio­nal Off-Road Challenge, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, penyertaan peserta antarabang­sa dalam program Borneo Safari dilihat semakin meningkat setiap tahun disebabkan keadaan bentuk muka bumi dan hutan Sabah yang sangat sesuai dengan cabaran itu.

“Setiap tahun terdapat pen- ingkatan dalam penyertaan daripada peserta antarabang­sa. Saya juga difahamkan tahun ini terdapat ramai wartawan asing turut menyertai cabaran kali ini.

“Ini sudah pasti menjadi berita baik kepada sektor pelanconga­n Sabah kerana adanya usaha promosi negeri ini oleh pengamal media antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? PENYERTAAN MENINGKAT: Christina (dua kiri) dan Rosmadi (kiri) merakamkan gambar kenangan di dalam sebuah kenderaan peserta Borneo Safari.
PENYERTAAN MENINGKAT: Christina (dua kiri) dan Rosmadi (kiri) merakamkan gambar kenangan di dalam sebuah kenderaan peserta Borneo Safari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia