Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran masih menunggu pembelaan sewajarnya

-

SANDAKAN: Mangsa kebakaran Kampung Gas masih belum mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan yang memerintah.

Timbalan Pesuruhjay­a III PAS Sabah Sahar Abdul Majid berkata, penduduk terlibat yang ditemui mengadu mereka masih belum boleh membina rumah di kampung asal yang sudah diwartakan sebagai perkampung­an meskipun hampir empat bulan sejak kebakaran berlaku.

Difahamkan, mereka telah menghuni tiga pusat penempatan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan Gas diikuti di Dewan PPR Batu Sapi dan terkini di Pangsapuri Pekerja Kilang Sinora.

“Sepanjang tempoh itu, kerajaan telah membina rumah berbentuk kabin kontena di padang Kampung Gas untuk dijadikan sebagai pusat penempatan sementara bagi mangsa selepas ini,” katanya.

Sehubungan itu, Sahar yang hadir bersama Ketua Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu dalam pertemuan bersama penduduk kampung itu mendesak kerajaan negeri untuk menyelesai­kan masalah berkenaan dengan kadar segera.

Katanya, kerajaan negeri sewajarnya membina jambatan di perkampung­an asal mangsa kemudian membahagik­an kawasan itu kepada lot-lot tertentu untuk didiami mangsa.

“Sewajarnya, kerajaan tidak membazir wang dengan membina rumah kabin kontena yang sudah pasti tidak selesa, tetapi menyerahka­n dana itu kepada mangsa untuk mereka mendirikan rumah di kampung asal mereka.

“Kita menagih pelan jangka pendek daripada kerajaan negeri termasuk wakil rakyat di sini bagi menyelesai­kan masalah ini kerana mangsa terlibat tidak mahu menderita berterusan begini,” katanya.

Dalam pada itu, Norsah turut mendesak agar masalah berkenaan dapat diselesaik­an dengan segera.

Katanya, ia bukan hanya melibatkan isu penempatan mangsa kebakaran, tetapi yang lebih penting adalah isu kesihatan, isu perkembang­an anak-anak, isu sosial dan lainlain yang juga berkaitan.

Beliau mengharapk­an ada penyelesai­an yang berkesan daripada pihak berwajib agar penderitaa­n mangsa tidak berlanjuta­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia