Utusan Borneo (Sarawak)

TEKNIK URUTAN SUKAN YANG BETUL

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Seramai 43 peserta dari Miri, Bintulu, Sibu. Sarikei, Kapit dan Kuching menjayakan kursus pengenalan urutan dalam sukan ( introducti­on sports massage) anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (PSS).

Peserta terdiri daripada jurulatih sepenuh masa, jurulatih dijanjikan MSNS, kakitangan MSNS/SSC serta dari Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Kursus dikendalik­an oleh instruktor reestablis­h Sports Massage dijemput khas dari Universiti Malaya (UM), Dr Lim Boon Hooi.

Ia turut membabitka­n penyelaras kursus dari Akademi Kejurulati­han Kebangsaan ISN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur iaitu Rajeswari Raman, Ahmad Shahir Samsainim dan Mohammad Faiz Izamnisah.

Manakala Penyelaras Penganjur Kursus, Jubali Suhaili dari Unit Kursus MSNS sambil dibantu kakitangan SSC, Adilaila Samshuddin, urus setia dari MSNS dan tiga pelajar praktikum UiTM, Samarahan Kuching.

Kursus tersebut untuk memberi pendedahan cara mengurus serta mengendali­kan asas- asas mengurut yang betul dan khasnya memberi perkhidmat­an mengurut kepada atlet-atlet sukan sebelum, semasa dan selepas pertanding­an.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh Ketua Bahagian Projek Pembanguna­n Sukan MSNS, Ahmad Rodzli Hashim mewakili Pengarah MSNS, Dr Ong Kong Swee.

Dalam ucapannya, beliau mengharapk­an lebih ramai ahli dan jurulatih-jurulatih dari persatuan sukan terlibat mengikuti kursus seperti ini pada masa akan datang. Real umum pemecatan Lopetegui ekoran kekalahan memalukan dibelasah Barca 1-5 pada aksi El Clasico Ahad lepas

Selain itu, beliau juga berharap lebih banyak kursus seumpama mengikut tahap daripada asas kepada tahap lebih tinggi dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Jubali bagi MSNS merakamkam peng- hargaan dan terima kasih kepada semua terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung khasnya peserta-peserta kursus yang banyak memberi komitmen serta sokongan ke arah menjayakan kursus tersebut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Azizul (barisan ketiga, lima kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Johnny sambil disaksikan Tan (berdiri sebelah Azizul) di Kuching.
CENDERAMAT­A: Azizul (barisan ketiga, lima kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Johnny sambil disaksikan Tan (berdiri sebelah Azizul) di Kuching.
 ??  ??
 ??  ?? KURSUS: Peserta bersama (duduk dari kanan) Jubali, Ahmad Rodzli, Lim dan Rajeswari pada kursus pengenalan urutan dalam sukan.
KURSUS: Peserta bersama (duduk dari kanan) Jubali, Ahmad Rodzli, Lim dan Rajeswari pada kursus pengenalan urutan dalam sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia