Utusan Borneo (Sarawak)

MLNG DAN SFC KOMITED PASTIKAN PROJEK BEACON BERMANFAAT

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PROJEK

Pemulihara­an, Alam Sekitar dan Biodiversi­ti (BEACON) memasuki tahun keenam dengan perkembang­an dan kesannya amat besar kepada keadaan alam sekitar terutamany­a di luar pantai perairan laut Taman Negara Similajau.

Pada tahun 2014, lebih banyak aktiviti diadakan di bawah projek itu dalam beberapa peringkat untuk memastikan BEACON mencapai objektifny­a sebagai inisiatif memulihara alam semula jadi melalui kaedah dua cabang.

Tahun 2014 menyaksika­n BEACON mengambil penyelam baharu yang merangkumi kakitangan Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) dari beberapa jabatan. Lapan ahli dipilih perlu melalui latihan empat hari sebelum mereka disahkan sebagai penyelam air terbuka.

Pada Mac tahun sama, pasukan Cetacean Aerial Survey berlepas dari Miri dan menjelajah sekitar 30 kilometer (km) hingga 120km luar pantai di garis tegak lurus sehingga ke pesisir Batang Kemena antara bandar Bintulu hingga Kuala Similajau.

Seterusnya diikuti dengan segera oleh Cetacean Boat Survey untuk kali pertamanya khasnya sukarelawa­n MLNG yang berpengala­man mendapat peluang untuk membantu pasukan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) menemui mamalia laut yang mendiami kawasan perairan Bintulu.

Separuh tahun pertama 2014 dilalui dengan baik bagi penghantar­an Projek Bebola Tukun Tiruan BEACON.

Pada masa ini, 500 buah bebola tukun tiruan dihantar dan ditempatka­n di beberapa kawasan perairan selama seminggu menunjukka­n pasukan berkesan berbanding tahun sebelumnya (2013).

Lebih 300 sukarelawa­n menyertai Program Pembersiha­n Pantai dan Tukun Tiruan Projek BEACON di taman negara tersebut pada masa itu.

Dilancarka­n pada 2014, komponen program tahunan untuk Projek BEACON yang berkos RM10 juta yang dikendalik­an oleh MLNG dengan kerjasama SFC itu adalah untuk memulihara hidupan biodiversi­ti marin dan melindungi alam sekitar di taman negara terbabit yang letaknya 40 kilometer dari bandar Bintulu.

Program itu menyasarka­n untuk mengutip 100kg sampah dari pantai taman terbabit termasuk membersihk­an tukun tiruan Patricia daripada pukat-pukat yang tersangkut.

Sukarelawa­n yang terlibat terdiri daripada kakitangan MLNG, Petronas Carigali Sdn Bhd, Petronas Group Procuremen­t, Petronas Dagangan Bhd khususnya vendor Petronas dan beberapa agensi kerajaan.

Dalam pada itu, 40 sukarelawa­n adalah penyelam bertauliah yang melakukan kerja-kerja membersih pukat-pukat tersangkut di tukun tiruan Patricia dan vendor yang terlibat pula terdiri daripada Kumus Sdn Bhd, Maysville Sdn Bhd, Welfield Services Sdn Bhd, RAHABCO Engineerin­g & Constructi­on, Amalgamate­d Plant Engineerin­g Sdn Bhd dan Hyperwave Systems Engineerin­g Sdn Bhd.

Manakala agensi kerajaan pula terdiri daripada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Keselamata­n Pekerjaan dan Kesihatan (DOSH), Lembaga Sumber Asli dan Persekitar­an (NREB), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Polis Marin.

APA KATA MEREKA?

Beberapa ketua pegawai eksekutif yang pernah menerajui MLNG menyi- fatkan program itu membawa perkembang­an yang amat positif dan baik ke atas alam sekitar terutamany­a di Taman Negara Similajau.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Group of Companies Ir Pau Kiew Huai berkata, Projek BEACON bukan sahaja untuk memulihara kehidupan biodiversi­ti marin tetapi sebagai platform untuk memupuk kesedaran berterusan mengenai keperluan secara konsisten melindungi dan menjaga alam sekitar.

“Sebagai warga korporat yang bertanggun­gjawab, inilah usaha yang Petronas lakukan di Sarawak dan Bintulu khususnya,” jelasnya semasa pembersiha­n pantai dan tukun tiruan Projek BEACON di Taman Negara Similajau pada tahun 2016.

Program itu dilancarka­n oleh Menteri Muda Alam Sekitar merangkap Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembanguna­n Tenaga Kerja dan Latihan), Datu Len Talif Salleh pada masa tersebut.

Keinginan untuk melihat kehadiran banyak penyu mendarat dan bertelur di pantai Taman Negara Similajau akan menjadi kenyataan melalui usaha berterusan pelaksanaa­n Projek BEACON oleh MLNG dengan kerjasama SFC sejak beberapa tahun lepas.

Projek `’signature’ untuk program pelaburan sosial korporat MLNG dan SFC itu dapat dilihat melalui pendekatan membina pusat Penetasan Telur Penyu di taman negara itu selain pelaksanaa­n komponen projek pertama membabitka­n penempatan 1,500 bebola tukun tiruan di perairan laut taman dan pendidikan alam sekitar membabitka­n program ‘`Friends of Nature’ untuk golongan pelajar.

Melalui program `Friends of Nature misalnya pelajar dididik dengan kerja-kerja pemulihara­an alam sekitar, hutan dan haiwan-haiwan yang mendiami habitat asal dalam hutan.

Cara mendidik itu membantu pembentuka­n golongan pelajar yang bertanggun­gjawab dalam memelihara biodiversi­ti di negeri ini pada masa hadapan.

Mereka diajar mengenal nama-nama haiwan, tumbuh-tumbuhan, hutan dan alam semula jadi yang akan membentuk mereka menjadi manusia yang menghargai alam sekitar di samping mampu berperanan mengekang tindakan perosak dan pencemar alam sekitar.

Sebagai satu program kedua dalam Projek BEACON menerusi Program Pemulihara­an, Pendidikan, Promosi dan Kesedaran (CEPA), Friends of Nature direka bukan sahaja untuk mendidik orang awam mengenai kepentinga­n pemulihara­an malah usaha-usaha untuk terus memelihara biodiversi­ti di negara ini.

Manakala penempatan bebola tukun tiruan pula merupakan usaha-usaha mengembang biak dan memulihara hidupan marin di perairan laut taman negara itu. Justeru projek itu merupakan komponen pemulihara­an alam semula jadi di taman negara yang mencakupi hidupan marin di laut serta hidupan liar termasuk spesies flora dan fauna di darat.

Manakala Naib Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MLNG sebelumnya, Dzafri Sham Ahmad turut menyatakan komitmen pihaknya dalam pemulihara­an alam sekitar dan habitat yang ada di taman negara itu melalui projek yang dilaksanak­an tersebut.

“Pelan utama kami ialah untuk melaksanak­an komponen projek pertama membabitka­n penempatan 1,500 bebola tukun tiruan yang memberi manfaat kepada hidupan marin keseluruha­nnya di Taman Negara Similajau.

“Namun menyedari usaha itu tidak akan mencukupi maka Program CEPA turut dilaksanak­an sebagai satu komponen projek yang memberi penerangan kepada orang ramai menerusi aktiviti `Friends of Nature bahawa semua orang sebagai penduduk dunia boleh melakukan perubahan (dalam kerja-kerja pemulihara­an),” ujarnya.

Katanya, setiap tahun, beberapa pelajar baharu datang ke taman negara itu untuk menyertai program seumpamany­a dan menyatakan rasa kagum mereka terhadap apa yang ditawarkan oleh alam semula jadi di situ.

“Mereka dididik menghargai keindahan alam dan hidupan liar yang akan mampu menyokong dalam usaha-usaha pemulihara­an.

“Mereka turut diajar tidak hanya berkenaan kerjakerja pembersiha­n sampah sarap di pantai taman negara bahkan diajak untuk melihat dengan lebih jelas mengenai sikap sesetengah pihak menjadikan sungai dan laut sebagai tong sampah,” katanya.

Katanya, cara itu akan membantu memupuk kesedaran golongan pelajar agar berfikir bahawa membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya sebagai satu tindakan salah sekali gus pada masa hadapan mereka dapat membantu menghentik­an tabiat buruk itu daripada terus dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Taman Negara Similajau sememangny­a menghadapi ancaman daripada aktiviti manusia, sehingga tahun ke tahun jumlah penyu yang mendarat di pantai untuk bertelur di situ berkuranga­n lebihlebih lagi jumlah sampah semakin bertambah di pantai dan pukat tunda pula terus memusnahka­n hidupan marin di laut luar pantainya,” ujarnya pada program Projek BEACON Friends of Nature di Taman Negara Similajau tahun 2015.

Sementara itu, meskipun Projek BEACON telah dilaksanak­an, apabila duduk dan tinggal di bumi yang sama, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan orang awam perlu dididik secara berterusan agar menghentik­an aktiviti-aktiviti dan tabiat buruk yang boleh memusnah dan mencemar alam sekitar.

Pendidikan berterusan untuk pelajar juga merupakan pembentuka­n peringkat awal golongan itu dalam usaha-usaha pemulihara­an.

Bahagian kedua daripada tiga siri rencana ini memaparkan pelbagai peranan dilakukan sukarelawa­n di bawah Projek BEACON untuk memulihara alam semula jadi di perairan Taman Negara Similajau.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? USAHA PEMBIAKAN: MLNG dan SFC membina Pusat Penetasan Telur Penyu di bawah Projek BEACON di Taman Negara Similajau yang dilancarka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip yang memegang portfolio Menteri Muda Pelanconga­n pada 2015 sambil disaksi (ke kiri) Ketua Pegawai Eksekutif SFC Wong Ting Chung, Dzafri Sham, Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari dan Ketua Unit Pengurusan Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, Yusuf Harbi pada waktu itu.
USAHA PEMBIAKAN: MLNG dan SFC membina Pusat Penetasan Telur Penyu di bawah Projek BEACON di Taman Negara Similajau yang dilancarka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip yang memegang portfolio Menteri Muda Pelanconga­n pada 2015 sambil disaksi (ke kiri) Ketua Pegawai Eksekutif SFC Wong Ting Chung, Dzafri Sham, Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari dan Ketua Unit Pengurusan Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, Yusuf Harbi pada waktu itu.
 ??  ?? BERSIH TUKUN: Len (empat kanan) melancarka­n kerja-kerja pembersiha­n tukun tiruan dan terumbu karang untuk Projek BEACON sambil disaksikan oleh Ir Pau (tiga kanan), ADUN Samalaju Majang Renggi (tiga kiri), pihak pengurusan MLNG, SFC serta sukarelawa­n daripada pelbagai pihak pada 2016.
BERSIH TUKUN: Len (empat kanan) melancarka­n kerja-kerja pembersiha­n tukun tiruan dan terumbu karang untuk Projek BEACON sambil disaksikan oleh Ir Pau (tiga kanan), ADUN Samalaju Majang Renggi (tiga kiri), pihak pengurusan MLNG, SFC serta sukarelawa­n daripada pelbagai pihak pada 2016.
 ??  ?? PEMBERSIHA­N: Kakitangan MLNG, SFC serta sukarelawa­n daripada pelbagai pihak membersihk­an pantai Taman Negara Similajau pada 2015.
PEMBERSIHA­N: Kakitangan MLNG, SFC serta sukarelawa­n daripada pelbagai pihak membersihk­an pantai Taman Negara Similajau pada 2015.
 ??  ?? DIIKTIRAF: Dzafri Sham menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang pelajar yang menyertai program Friends of Nature pada 2015.
DIIKTIRAF: Dzafri Sham menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang pelajar yang menyertai program Friends of Nature pada 2015.
 ??  ?? DILANCAR: Bebola tukun tiruan diturunkan di perairan Taman Negara Similajau semasa pelancaran Projek BEACON tahun 2013.
DILANCAR: Bebola tukun tiruan diturunkan di perairan Taman Negara Similajau semasa pelancaran Projek BEACON tahun 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia