Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur dipenjara dan sebat kerana miliki parang, lakukan ugutan jenayah

-

MIRI: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sekali sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan memiliki sebilah parang dan melakukan ugutan jenayah.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 17 Mei tahun ini.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes serta kepentinga­n awam.

Mohd Apis Kamaruddin, 22, dari Kampung Madinah, Suai telah didakwa mengikut Seksyen 6 ( 1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya 1958 (Pindaan 2014).

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa memiliki sebilah parang berukuran 69 sentimeter panjang yang disimpan di tepi tempat duduk pemandu kenderaan tanpa kebenaran yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.50 malam, 17 Mei tahun ini di tepi jalan kawasan Manong Ulat, Niah.

Selain itu, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara dua bulan setelah mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Rosli Kamaruddin dengan cara hendak melanggarn­ya serta mengambil sebilah parang di rumah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 5 petang, 17 Mei lalu di Bazar Ramadan, Simpang Ngu, Niah.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman penjara yang dikenakan ke atas tertuduh berjalan serentak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia