Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik lelaki warga Singapura didakwa kerana ugut

-

KUALA LUMPUR: Dua adik- beradik lelaki warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengugut seorang pengawal keselamata­n, lapan hari lepas.

Bagaimanap­un, Nethan Sabhneni, 28, dan Sedhant Sabhneni, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Rahim.

Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa bersamasam­a telah menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabka­n kematian terhadap Budhatoki Rajendra, manakala bagi pertuduhan kedua mereka didakwa menggunaka­n perkataan-perkataan mengugut dan menghina mangsa dengan tujuan membangkit­kan ke- marahan untuk mengganggu keamanan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah Pos Pengawal, The Treez Condominiu­m, Bukit Jalil, Cheras di sini, jam 2 petang, 22 Oktober lepas.

Pertuduhan pertama dikemukaka­n mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua dikemukaka­n mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM100, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pen- dakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar tidak menawarkan sebarang wang jaminan, namun keduadua tertuduh yang diwakili peguam Roshan Selvaratna­m memohon dibenarkan diikat jamin jumlah yang rendah atas alasan anak guamnya Nethan hanya menjalanka­n perniagaan sendiri dengan gaji RM4,000 sebulan, selain mempunyai masalah pendengara­n, manakala adiknya Sedhant tidak bekerja dan menghidap penyakit kulit yang kronik.

Mahkamah membenarka­n kedua-dua tertuduh diikat jamin RM11,000 setiap seorang dengan dua penjamin warganegar­a Malaysia dengan syarat kedua- dua mereka perlu melapor diri di balai polis berdekatan seminggu sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 7 November untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia