Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan air bersih, elektrik fokus utama kerajaan: KM

Kerajaan berdepan cabaran besar membangunk­an Sarawak memandangk­an keadaan negeri ini yang luas

- Oleh Patricia Gari

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan berdepan cabaran besar membangunk­an Sarawak memandangk­an keadaan negeri ini yang luas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata justeru pada masa ini fokus utama Kerajaan Sarawak adalah mengatasi masalah bekalan air bersih dan tenaga elektrik di kawasan pedalaman.

Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan telah meluluskan peruntukan RM11 bilion, yang tertinggi dalam rekod perbelanja­an pembanguna­n Sarawak bagi tempoh dua tahun akan datang.

“Dalam usaha kerajaan merancakka­n pembanguna­n pendigital­an, pembanguna­n di kawasan luar bandar tidak pernah dilupakan.

“Kerajaan Sarawak komited dalam memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruk­tur di kawasan luar bandar dan pemodenan bidang pertanian sebagai hala tuju pembanguna­n negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang kedua Konvokesye­n Uni- versiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-22 di DeTAR Putra,UNIMAS di sini, semalam.

Menyentuh mengenai kemunculan Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0), Abang Johari berkata Sarawak tidak terkecuali dirempuh gelombang IR 4.0 dan ia perlu ditangani secara bijaksana.

Ini kerana katanya, dengan jumlah populasi yang kecil serta bentuk muka bumi luas, Sarawak tidak boleh lagi bergantung kepada strategi kos dan teknologi rendah, yang banyak menggunaka­n tenaga buruh untuk memacu pertumbuha­n ekonomi.

“Melihat kepada keperluan dan tuntutan tersebut, kerajaan pada hari ini sedang berusaha untuk membangunk­an infrastruk­tur Internet berkelajua­n tinggi bagi menyokong ekonomi digital Sarawak.

“Pada masa kini, kita perlu bergerak pantas agar kekal relevan dengan keperluan semasa. Justeru, Kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruk­tur ICT di negeri ini,” katanya.

Di samping itu tambahnya, pembanguna­n Kampung Digital di Sama Jaya, Pusat Inovasi Sarikei serta penubuhan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dijangka akan mempercepa­t dan merancakka­n lagi dasar ekonomi digital di negeri ini.

Selain itu katanya, UNIMAS memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi digital Sarawak, malah diberi kepercayaa­n oleh Kerajaan Sarawak sebagai penyelaras Pusat Kecemerlan­gan, bertindak sebagai penggerak utama membolehka­n aktiviti pembanguna­n penyelidik­an dan teknologi dilaksana secara holistik.

“Saya percaya peranan dan sumbangan universiti ini kepada negeri Sarawak akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Di samping itu saya berharap UNIMAS Water Desalinati­on Laboratory akan melakukan penyelidik­an dalam penyahgara­man air masin untuk menghasilk­an air tawar dipergiatk­an lagi agar ia dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat tempatan tetapi boleh dikongsi seterusnya dikomersil­kan di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Kepada para graduan UNIMAS, Abang Johari berkata mereka perlu bersedia mendepani kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup komuniti dunia kerana tidak boleh lagi berada di takuk lama ketika masyarakat dunia sudah mula mengadapta­si perubahan teknologi menjadi keperluan masa depan.

“Manfaatkan­lah segala ilmu pengetahun yang diperoleh selama ini, untuk merebut peluang dalam anjakan ekonomi baharu.

“Di Sarawak perkembang­an ekonomi negeri semakin rancak dengan adanya beberapa projek pelaburan dari luar negara yang berminat bertapak di Sarawak,” katanya.

Semalam merupakan hari kedua Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 berlangsun­g, dengan sidang kedua dan ketiga diadakan.

Seramai 1,731 graduan daripada lima fakulti di UNIMAS menerima sijil masing-masing dan pada sidang sebelah pagi (kedua) 517 graduan daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia (FSKPM) dan 375 lagi daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Penyampaia­n ijazah kepada para graduan untuk sidang kedua disempurna­kan Abang Johari selaku Pro Canselor UNIMAS.

Sidang ketiga diteruskan dengan 839 lagi graduan menerima ijazah masingmasi­ng.

Mereka merupakan graduan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (FSSK), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK).

Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyampaik­an ijazah kepada graduangra­duan.

Dalam usaha kerajaan merancakka­n pembanguna­n pendigital­an, pembanguna­n di kawasan luar bandar tidak pernah dilupakan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an ijazah kepada salah seorang graduan pada sidang kedua Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di DeTAR Putra, UNIMAS, semalam.
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an ijazah kepada salah seorang graduan pada sidang kedua Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di DeTAR Putra, UNIMAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia