Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Chong mengenai Jawatankua­sa Pemandu Semak MA63 disifatkan sebagai ‘politik murah’

-

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatka­n kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen Isnin lepas mengenai Jawatankua­sa Pemandu Semak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai ‘politik murah’.

“Tak perlu berkata mengenai perkara itu. Itu politik murah,” ujarnya ringkas.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Chong berhubung komposisi dalam Jawatankua­sa Pemandu Semak MA63 ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan sidang kedua Konvokesye­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-22 di DeTAR PUTRA UNIMAS di sini semalam.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika ditemui media di satu majlis di Kota Sentosa berkata Jawatankua­sa Pemandu Semak MA63 tidak membuat keputusan berdasarka­n undi majoriti tetapi bergantung kepada kebolehan wakil Sarawak menyatakan dengan jelas tuntutan negeri ini.

Menurutnya jumlah wakil dari Sarawak dalam Jawatankua­sa Pemandu MA63 tidak penting sebaliknya kebolehan Abang Johari dan Peguam Besar Negeri menyatakan dengan jelas tuntutan Sarawak.

“Semua masalah ini timbul kerana sikap (pemimpin) BN (Barisan Nasional), sekarang GPS (Gabungan Parti Sarawak), mereka selalu memikirkan majoriti akan membuat keputusan, perkara ini berlaku dalam DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Di dalam DUN, mereka sentiasa berpandang­an majoriti boleh membuli minoriti, jadi apabila beliau (Abang Johari) di pihak minoriti, mereka akan panik, malah sebelum Jawatankua­sa Pemandu mengadakan mesyuarat pertama, beliau seperti ‘takut’,” ujarnya.

Menurutnya seperti sebelum ini hanya terdapat dua atau tiga wakil dari Sarawak ter- masuk beliau dalam rundingan menentukan kadar royalti minyak dan gas dibayar kepada Sarawak tetapi mereka berjaya meyakinkan jawatankua­sa itu (PH).

“Saya tidak tahu kenapa mereka (Kerajaan Sarawak) menolak tawaran ini, mungkin kerana keegoaan mereka atau cadangan itu datang daripada saya,” katanya.

Justeru ujarnya, Abang Johari harus memainkan peranannya menentukan tuntutan Sarawak dalam Jawatankua­sa Pemandu Semak MA63 bukannya ‘gentar’ walaupun sebelum jawatankua­sa itu mengadakan rundingan pertamanya.

Chong berkata Abang Johari perlu menyatakan tuntutan Sarawak seperti termaktub dalam MA63 khususnya bayaran royalti minyak kepada Sarawak selepas Kerajaan Sarawak menolak cadangan kerajaan PH.

“Bayaran royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus berbanding 5 peratus sekarang dan 50 peratus cukai pendapa- tan yang dikumpul di Sarawak disalurkan kepada kerajaan ini sememangny­a dalam manifesto kami (PH).

“Bagaimanap­un Kerajaan Sarawak tidak mahu menerima cadangan ini menyebabka­n perkara ini dirujuk semula kepada Jawatankua­sa Pemandu Semak MA63.

“Beliau (Abang Johari) bersama Peguam Besar Negeri berada dalam jawatankua­sa ini, jadi terpulang kepada beliau menyatakan dengan jelas tuntutan Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia