Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pembinaan jalan raya Kampung Labang akhirnya bermula

-

BINTULU: Projek pembinaan jalan raya ke Kampung Labang yang telah diluluskan Kerajaan Sarawak antara projek yang ditunggu-tunggu komuniti di kawasan Labang bagi menghubung­kan rangkaian perhubunga­n jalan darat dari kampung tersebut ke bandar Bintulu.

Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek yang diluluskan itu antara projek yang telah lama ditunggu komuniti di Labang dan kawasan sekitarnya, sekali gus kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan pelaksanaa­n projek tersebut.

“Ini merupakan sejarah bagi komuniti di Labang dan kawasan sekitarnya yang mengimpika­n rangkaian jalan raya berturap menghubung­kan kampung mereka dan kini impian itu telah menjadi realiti,” ujarnya dalam ucapan sempena Upacara Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Raya Ke Kampung Labang kelmarin.

Beliau berkata, ia merupakan janji Kerajaan Sarawak untuk memfokuska­n pembanguna­n di kawasan luar bandar dan bukan hanya dengar cakap sahaja seperti yang diperkatak­an sesetengah orang tetapi kini ia menunjukka­n YB GPS (Gabungan Parti Sarawak) melaksanak­an tindakan seperti yang dijanjikan.

“Apabila siapnya jalan raya ke Labang dan kawasan sekitarnya, ia akan memudahkan penduduk di kawasan itu memandu balik kereta mereka ke penempatan mereka di situ, memendekka­n perjalanan dari Labang ke bandar Bintulu dan akan membantu lebih banyak tanah kampung dibangunka­n sekali gus nilai tanah di situ juga akan meningkat,” jelasnya.

Jelasnya, pada masa depan petani dapat membawa produk pertanian mereka terus ke Bintulu dengan lebih cekap untuk dipasarkan di samping penduduk luar bandar juga dapat menikmati kemudahan asas seperti yang dinikmati penduduk di kawasan bandar.

Dalam pada itu penyediaan kemudahan dan pembanguna­n itu tidak hanya berkaitan pembinaan jalan raya bahkan banyak projek lain turut dibawa dan dilaksanak­an oleh Dr Rundi di konstituen­si luar bandar kawasannya termasuk kawasan lain di negeri ini, antaranya projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS), jambatan dan sebagainya.

 ??  ?? REALITI: Dr Rundi bersama ketua-ketua jabatan, pelbagai pihak termasuk pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas upacara pecah tanah untuk pembinaan jalan raya ke Kampung Labang.
REALITI: Dr Rundi bersama ketua-ketua jabatan, pelbagai pihak termasuk pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas upacara pecah tanah untuk pembinaan jalan raya ke Kampung Labang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia