Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan kuantum untuk bayi warga Sarawak mulai Januari 2019

-

MUKAH: Sekitar 40,000 bayi warga Sarawak bakal menerima bantuan kuantum daripada Kerajaan Sarawak mulai Januari 2019.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perkara itu antara agenda utama pembentang­an Bajet Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

“Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk beri bantuan kepada setiap bayi warga Sarawak lahir pada 1 Januari 2019,” katanya pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan Akademik Pelajar 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya semalam.

Menurutnya, bantuan berkenaan tidak bersyarat dan akan diberikan kepada setiap bayi di Sarawak.

Mengenai jumlah bantuan dan butiran-butiran lain, ia belum dapat dipastikan sehinggala­h ia dibentangk­an dalam bajet nanti.

“Tanpa mengira bangsa, agama, tinggal di kawasan pedalaman atau bandar, miskin atau kaya, Kerajaan Sarawak tetap akan bagi bantuan ini,” jelasnya.

Ia bertujuan membantu anak-anak ketika membuat persiapan ke peringkat pendidikan lebih tinggi atau alam pekerjaan.

Hal itu turut menunjukka­n bahawa Kerajaan Sarawak sangat memberi perhatian terhadap setiap sumber manusia yang berpotensi di segeri ini.

Fatimah berkata bantuan itu hanya dapat dikeluarka­n ketika mereka mencapai umur 18 tahun.

Mengenai majlis tersebut, beliau menyatakan bahawa ia adalah simbolik kepada kemuncak alam persekolah­an para pelajar dan kejayaan mereka patut diraikan.

Turut berucap Pengetua SMK Oya Malihah Sirat.

 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah (tengah) ketika menyerahka­n sijil dan cenderamat­a kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar kurang upaya tingkatan enam SMK Oya.
TAHNIAH: Fatimah (tengah) ketika menyerahka­n sijil dan cenderamat­a kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar kurang upaya tingkatan enam SMK Oya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia