Utusan Borneo (Sarawak)

Anyi Ngau dipilih menerajui PDP N.78 Mulu

-

MARUDI: Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dipilih sebagai pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) bagi kawasan N.78 Mulu, dalam keputusan sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan parti itu di UTC Miri, Sabtu lalu.

Selain Anyi, turut dipilih sebagai ahli jawatankua­sa PDP bahagian Mulu untuk penggal 2018-2021 ialah Tuai Rumah Blalang Atom selaku timbalan pengerusi, Naib Pengerusi I Hendrick Iboh, Naib Pengerusi II Agung Bangau dan Naib Pengerusi III Tuai Rumah Hillary Tawan Achai.

Sementara jawatan setiausaha kehormat dikekalkan Lian Terawe dan Tuai Rumah Peter Edam sebagai bendahari.

Ketua pergerakan wanita disandang Annia Selalang, Ketua Pemuda Kaunselor Jimmy Tinggang manakala Ketua Penerangan Wellesly Bolly Ongie.

Tujuh lagi yang turut dilantik sebagai ahli jawatankua­sa bagi PDP N.78 Mulu ialah Ken Unong, Suel Garit, Nyaru Garing Munau, Dora Lee dan Bujang Long manakala Robert Ayu dilantik sebagai penasihat bagi bahagian Mulu.

PDP Mulu juga telah memilih dua ahli sebagai perwakilan ke mesyuarat tiga tahun sekali parti itu yang akan diadakan di Bintulu pada 15 dan 16 November depan iaitu Tuai Rumah Blalang dan Tuai Rumah Peter Edam sementara tujuh ahli jawatankua­sa yang dipilih sebagai pemerhati ialah Wellesly, Suel, Tuai Rumah Hillary, Sandra, Annia, Ken dan Agung.

Pada mesyuarat itu juga, bahagian Mulu mengutarak­an 10 usul iaitu mengekalka­n Datuk Seri Tiong King Sing sebagai presiden PDP tanpa bertanding bagi penggal 2018-2021, usul kedua mahu sekurang–kurangnya seorang ahli Majlis Daerah Marudi (kaunselor) daripada suku kaum Iban dari Kawasan Poyut/Lubok Nibong (kawasan PDP).

Sementara itu lapan lagi usul akan dibentangk­an ahli jawatankua­sa pada TGM tersebut kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia