Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak syarikat dapat bekerjasam­a dengan koperasi untuk sedia platform perniagaan secara atas talian

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Operator koperasi di Sarawak harus menerokai revolusi digital secara serius dalam menjalanka­n perniagaan koperasi agar tidak ketinggala­n dalam Industri 4.0, yang melibatkan semua transaksi perniagaan adalah berpanduka­n Internet dan medium elektronik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata terdapat banyak syarikat yang dapat bekerjasam­a dengan koperasi untuk menyediaka­n platform perniagaan secara atas talian.

Antaranya, menurut beliau adalah penggunaan ‘e-market place’ untuk mempromosi produk koperasi seperti di Mudah, Lazada, Amazon dan sebagainya.

“Perniagaan melalui atas talian jika dijalankan secara sistematik pasti memberi pulangan yang lumayan.

“Syarikat perniagaan online Ali Baba misalnya mencatat kadar pertumbuha­n sebanyak 68 peratus pada tahun 2017 daripada perniagaan berasaskan taliannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh pada Majlis Perasmian Seminar Jaringan Strategik Jana Kekayaan Koperasi anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Sarawak di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Awang Tengah turut menyaranka­n agar koperasi di Sarawak menjalin kerjasama dengan pihak lain sebagai satu kaedah untuk membangunk­an ekonomi sesama koperasi.

Katanya, melalui kerjasama tersebut, ia secara tidak langsung memberi impak signifikan ke atas perolehan koperasi.

“Melalui kerjasama ia mam- pu menolak segala isu lapuk seperti masalah kewangan, kepakaran dan tadbir urus koperasi,” ujarnya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan turut menekankan agar koperasi membuang tabiat sekadar menunggu bantuan kewangan dan kepakaran daripada kerajaan semata-mata.

Ujarnya, koperasi boleh membentuk gabungan koperasi menengah bagi menyelesai­kan masalah-masalah yang dihadapi.

Jelas beliau, pendekatan seperti itu telah lama dipraktikk­an di luar negara seperti Jepun, Korea Selatan dan India dengan setiap koperasi asas yang menjadi ahli masing- masing menyumbang modal dan kepakaran.

Pada masa sama, katanya koperasi menengah tersebut juga dapat membantu dari segi pemasaran dan pemprosesa­n hasil yang dikeluarka­n koperasi asas.

“Apa yang penting dalam kerjasama strategik adalah perlu ada komitmen yang tinggi daripada kedua-dua pihak dan keikhlasan untuk benar-benar membantu antara satu sama lain,” katanya.

Perniagaan melalui atas talian jika dijalankan secara sistematik pasti memberi pulangan yang lumayan. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? ULANG TAHUN: Mussen bersama Pengarah MKM Sarawak Siti Maimunah Jerni (tiga kiri) memotong kek sempena Ulang Tahun Ke-20 MKM Sarawak pada perasmian Seminar Jaringan Strategik Jana Kekayaan Koperasi anjuran MKM Sarawak di sebuah hotel di sini, kelmarin.
ULANG TAHUN: Mussen bersama Pengarah MKM Sarawak Siti Maimunah Jerni (tiga kiri) memotong kek sempena Ulang Tahun Ke-20 MKM Sarawak pada perasmian Seminar Jaringan Strategik Jana Kekayaan Koperasi anjuran MKM Sarawak di sebuah hotel di sini, kelmarin.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta program dan pihak UPMKB merakam kenangan bersama Talib (duduk, tengah, baris tiga).
UNTUK ALBUM: Peserta program dan pihak UPMKB merakam kenangan bersama Talib (duduk, tengah, baris tiga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia