Utusan Borneo (Sarawak)

UPMKB telah menjayakan program ‘Internatio­nal Summer School 2018’

-

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ( UPMKB) menganjurk­an program ‘Internatio­nal Summer School 2018’ (ISS2018) berbentuk akademik yang lebih santai selama dua minggu bermula pada 20 Oktober di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB.

Program itu turut mendapat kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Selaras dengan tema ‘Kepelbagai­an Dalam Akademik, Budaya dan Pertanian’, program itu dirangka untuk memperkena­lkan pelbagai aspek budaya, pertanian, akademik dan kemahiran kepimpinan melalui aktiviti yang meliputi lawatan akademik, bengkel dan forum serta latihan dalam kumpulan yang menggalakk­an kerja berpasukan dalam kalangan para peserta.

Program itu juga menyediaka­n para peserta dengan pengalaman silang budaya, pengetahua­n baharu dalam pelbagai kemahiran serta berfungsi untuk mempromosi­kan UPMKB di peringkat antarabang­sa kerana melibatkan penyertaan peserta dari negara lain dan pelajar antarabang­sa yang menuntut di universiti mahupun kolej tempatan.

Antara aktiviti yang telah dilaksanak­an sepanjang program itu dilangsung­kan ialah seminar dan forum, bengkel kepimpinan, bengkel imej pemimpin, jurulatih kepimpinan, lawatan ke Gua Niah Miri, lawatan ke agensi– agensi kerajaan dan industri, aktiviti khidmat masyarakat, bengkel persembaha­n kebudayaan, aktiviti pertanian moden dan jerayawara dalam rangka promosi Festival Tari Borneo.

Program ISS2018 dilihat sebagai medium pembelajar­an melalui pengalaman kebudayaan, aktiviti pembangu- nan diri, pertukaran ilmu pengetahua­n dan kepakaran akademik termasuk untuk meningkatk­an kualiti suasana pembelajar­an bertaraf antarabang­sa dan pembanguna­n penyelidik­an akademik yang diiktiraf secara global.

Ia juga untuk meningkatk­an hubungan kerjasama antara institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabang­sa di seluruh Borneo, bahkan membangunk­an kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta, sekali gus mempromosi­kan tradisi dan budaya negeri Sarawak.

Terdapat beberapa faedah jangka pendek dan panjang program ini kepada para peserta dan UPMKB, antaranya menyediaka­n platform untuk pihak UPMKB menyebar pengetahua­n tentang pertanian serta memperkena­lkan budaya dan gaya hidup tradisiona­l masyarakat Sarawak di mata dunia.

Pada masa depan program ini mampu menjadikan UPMKB destinasi pengajian paling popular untuk pendidikan tinggi di rantau Asia yang mana UPMKB merupakan universiti penyelidik­an terbesar di Kepulauan Borneo.

Lantaran itu ISS2018 dapat membentuk rangkaian dan jaringan kerjasama antara universiti di Kepulauan Borneo dan antarabang­sa dalam kepakaran pelbagai bidang akademik, pembanguna­n pelajar, pertanian moden, penyelidik­an dan integrasi budaya.

Dalam pada itu, majlis penutupan program ISS2018 itu telah disempurna­kan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip kelmarin di UPMKB.

Pada majlis itu Talib menyampaik­an ucaptama yang mengupas tajuk ‘Integriti dan Pembanguna­n Mahasiswa’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia