Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n ahli PKR Sarikei timbul keraguan

-

SIBU: Peningkata­n ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sarikei secara mendadak menimbulka­n keraguan kepada Ketua PKR Cabang Sarikei Wong Ching Tung.

Menurut Wong, sebelum 26 Jun lalu, jumlah ahli PKR Cabang Sarikei adalah seramai 346 orang dan mereka tidak merekrut sebarang ahli baharu sejak 2014.

Bagaimanap­un, dalam masa satu hari sahaja iaitu pada 27 Jun terdapat 1,051 ahli baharu berdaftar dengan PKR Cabang Sarikei, katanya.

Justeru bagi mengelak ketidakten­tuan dalam pendaftara­n ahli, beliau membuat laporan polis pada 26 Oktober lalu di Balai Polis Daerah Sarikei.

“Jadi, pada hari ini (semalam) kami membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sibu, selepas mendapat nasihat daripada pihak polis.

“Kami harap pihak SPRM akan melakukan siasatan lanjut terhadap perkara ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mendakwa, sebahagian besar ahli baharu berkenaan adalah dari Pa- kan iaitu dalam kawasan (Parlimen) Julau.

Tambahnya, beliau percaya bahawa perkara ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa kerjasama daripada pihak parti pusat.

“Sama seperti PKR Sarikei, PKR Julau dan PKR Kanowit juga mengalami masalah yang sama,” dedah Wong lagi.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalanny­a Ngu Tieng Hai, Setiausaha PKR Cabang Sarikei Peter Kong dan Ketua Pemuda PKR Cabang Sarikei Yee Chin Kui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia