Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus gembleng usaha banteras wabak rabies

-

BINTULU: Semua anggota masyarakat harus memainkan peranan dalam membantera­s wabak rabies yang merebak sekarang.

Pegawai Penerangan Bahagian Kapit Judy Henry Anchangan menjelaska­n, semua pihak harus sentiasa peka serta mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan rabies yang berupaya membawa maut itu.

“Langkah terbaik sudah pastinya menghantar anjing peliharaan masing-masing ke Jabatan Veterinar bagi suntikan dan tidak melepaskan anjing di luar buat masa sekarang bagi mengelakka­n berlakunya jangkitan terhadap anjing peliharaan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas ceramah Pegawai Kesihatan Klinik Sungai Asap Belaga Dr John Ritos berhubung wabak rabies pada Program Merdeka @ Komuniti dan Sivik di Dewan Umah Bakah, Sungai Asap Koyan, Belaga, semalam.

Sebaik-baiknya jelas beliau, orang ramai di daerah Belaga dan Sungai Asap harus mengambil langkah berjagajag­a dengan tidak mendekati anjing liar bagi mengelakka­n daripada digigit kerana status kesihatan anjing terbabit tidak diketahui.

“Sekiranya terkena gigitan, seseorang mangsa harus membasuh luka dengan sabun dan mengalirka­n air sekurangku­rangnya 15 minit di bahagian luka sebelum mendapatka­n rawatan di klinik berdekatan, “ujarnya.

Atas dasar itu jelasnya, Jabatan Penerangan dengan kerjasama Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) mengambil langkah proaktif dengan mengadakan program ceramah sebegini bagi menerangka­n mengenai rabies khususnya buat komuniti setempat di Kapit, Belaga dan Song.

Difahamkan ceramah itu yang kedua diadakan Jabatan Penerangan selepas di Kapit.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Belaga Luhat Lihan, Pemanca Tonny Kulleh, Maren Uma Palan Bisau dan Pengerusi MKM Sungai Asap/Koyan Lawing Luat.

 ??  ?? FAHAMI: Judy menerangka­n tentang penyakit rabies.
FAHAMI: Judy menerangka­n tentang penyakit rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia