Utusan Borneo (Sarawak)

Cacat penglihata­n bukan penghalang genggam ijazah

-

TANJUNG MALIM: Cacat penglihata­n yang dialami sejak kecil bukan penghalang kepada Tan Jen Win, 25, untuk menjadi graduan cemerlang sehingga membolehka­nnya menerima ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Lebih membanggak­an, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu yang mengalami masalah rabun dekat, jauh dan silau yang teruk membuktika­n kekurangan diri bukan penghalang dalam pendidikan dengan meraih keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.60.

Ketika ditemui pemberita, Tan berkata berbekal semangat tidak berputus asa dan menganggap kehidupan sebagai satu perjuangan, beliau gembira dengan kejayaanny­a mengharung­i tempoh tiga tahun pengajian TESL meskipun terpaksa berdepan pelbagai rintangan termasuk mengubah corak pembelajar­an berbanding pelajar biasa.

“Jika pelajar lain memberi perhatian semasa pensyarah menulis sesuatu di atas papan putih semasa di kuliah, saya pula hanya boleh mendengar apa yang pensyarah sebutkan dan terpaksa menyalin nota rakan-rakan selepas itu.

“Jadi saya berasa amat gembira kerana hari ini merupakan suatu kemenangan yang amat berharga dalam diri saya. Segala usaha dan penat jerih saya akhirnya membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui pember- ita selepas Istiadat Konvokesye­n Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi pertama kali ke-20 di sini semalam.

Tan merupakan seorang daripada 606 graduan yang dianugerah­kan ijazah dan diploma pada sesi pertama istiadat tersebut yang disempurna­kan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim merangkap Canselor UPSI.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, ibu bapa serta dua kakaknya merupakan pendorong paling istimewa dalam apa yang dikecapiny­a hari ini kerana mereka memberi semangat dan sokongan kepadanya untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Beliau turut meminta golongan orang kurang upaya (OKU) sepertinya supaya berdikari dan usah segan dalam mencari pengalaman kerana kejayaan tidak datang sendiri.

“Jika diberi peluang, saya berharap selepas ini saya mahu menjadi pendidik dan mengajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (cacat penglihata­n) di Setapak kerana di situlah saya pernah praktikal dan mahu menyumbang bakti kepada golongan sasar itu,” katanya.

Sementara itu, bagi sepasang suami isteri, meskipun mereka duduk berjauhan kerana mengajar di kawasan pedalaman di Sarawak, keadaan itu sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk melanjutka­n pen- gajian sehingga berjaya bergelar graduan sarjana bersama-sama hari ini.

Berasal dari Temerloh, Pahang, Haziq Kamil Zakria, 28, dan isterinya, Basyira Rahman, 29, dari Besut Terengganu, mereka berdua berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan masingmasi­ng mencapai CGPA 3.98.

Haziq yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anak iaitu sebuah sekolah pedalaman di Selangau, Sarawak berkata pelbagai cabaran perlu dihadapi mereka berdua demi meneruskan pengajian yang bermula sejak Disember 2016 lalu.

Katanya, di Sarawak beliau dan isteri tinggal berjauhan dan bertemu hujung minggu kerana Basyira berkhidmat di SK Bintulu yang memakan masa empat jam perjalanan atau kira-kira 200 kilometer termasuk perlu melalui jalan lori balak.

“Memang ada rasa tertekan untuk menyiapkan tugasan akademik, saya lebih kesiankan isteri saya kerana pada masa yang sama menguruska­n keduadua anak.

“Kami mengikuti kuliah hanya ketika cuti sekolah di UPSI dengan menyewa sebuah rumah inap desa selama sebulan dan menghantar dua anak berusia satu dan tiga tahun ke taska berhampira­n,” katanya yang menganggap kos perbelanja­an bukanlah satu isu besar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Tan (tengah) meraikan kejayaan bersama keluargany­a sempena Majlis Konvokesye­n ke-20 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor UPSI semalam.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Tan (tengah) meraikan kejayaan bersama keluargany­a sempena Majlis Konvokesye­n ke-20 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor UPSI semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia