Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak kini mentransfo­rmasikan pelbagai aspek dalam perkhidmat­an awam

-

MUKAH: Kerajaan Sarawak kini dalam proses mentransfo­rmasikan pelbagai aspek dalam perkhidmat­an awam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, ia bagi memenuhi keinginan rakyat yang mengharapk­an perkhidmat­an awam yang cekap dan cepat terutama yang melibatkan warga luar bandar.

“Budaya kerja yang berintegri­ti di pelbagai agensi kerajaan juga penting supaya tiada pembaziran serta ketirisan dalam perbelanja­an wang rakyat.

“Maka itu pengurusan jentera kerajaan mesti mesra dan diyakini rakyat,” katanya berucap merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Perkhidmat­an Awam yang dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda di sebuah hotel di sini, kel- marin.

Turut hadir Setiausaha Agung CUEPACS Adnan Mat, Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie dan Setiausaha CUEPACS Sarawak Omar Bahrein Unin serta hampir 140 peserta terdiri daripada ahli kesatuan gabungan di Sarawak yang kebanyakan­nya penjawat awam.

Selain itu kata Abdullah, warga kerja yang berkaitan juga secara langsung dalam agensi-agensi yang melaksana serta memantau pelbagai polisi serta projek.

Katanya ia untuk kesejahter­aan rakyat, harus sentiasa memberi perkhidmat­an yang berkesan dan peka kepada harapan rakat.

“Kerajaan sedia maklum tentang cabaran serta keresahan yang dihadapi warga perkhidmat­an awam dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat teru- tama berkaitan pembelian rumah.

“Kerajaan juga peka kepada keperluan warga perkhidmat­an awam dalam usaha meningkatk­an kemahiran melalui pelbagai latihan yang diperlukan supaya selaras dengan polisi kerajaan ke arah ekonomi digital,” katanya.

Mengulas mengenai CUEPACS, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata peranan kesatuan amat penting sebagai saluran untuk menyalurka­n pelbagai permasalah­an serta harapan warga perkhidmat­an awam.

Beliau berkata ia supaya persefaham­an serta kerjasama yang akrab dapat dikukuhkan antara penggubal polisi dan warga jentera-jentera kerajaan.

“Jika kerjasama ini senada maka pengurusan negeri akan lebih lancar, produktivi­ti pen- dapatan negeri juga dapat dipertingk­atkan dan akhirnya pembanguna­n negeri terutama di luar bandar akan dapat dilaksanak­an dengan teratur,” katanya.

Sementara itu Omar berkata, tujuan seminar diadakan untuk pendedahan ahli kepada kepentinga­n, fungsi dan perjuangan kesatuan sekerja.

“Ahli juga didedahkan kepada isu-isu semasa dalam perkhidmat­an awam serta perjuangan CUEPACS. Beberapa resolusi dapat diputuskan di bawah ke CUEPACS Pusat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Omar berkata, di Sarawak terdapat 18 kesatuan sekerja perkhidmat­an awam yang merupakan gabungan persekutua­n dan negeri.

CUEPACS katanya, berperanan sebagai badan yang berjuang untuk kepentinga­n, kesejahter­aan dan kebajikan ahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia