Utusan Borneo (Sarawak)

JKM, PPWE santuni empat warga emas pada Program Outreach Cari dan Bantu Warga Emas di dua kampung semalam

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Perkhidmat­an Warga Emas (PPWE) menyantuni empat warga emas pada Program Outreach Cari dan Bantu Warga Emas di Kampung Sungai Poyan dan Seberang Kedai semalam.

Wakil Pegawai Daerah Limbang Racha Balang berkata, program kebajikan mencari dan membantu warga emas itu satu usaha murni pihak JKM dan PPWE dalam menyantuni warga emas.

Jelasnya, program itu amat bertepatan diadakan untuk mencari golongan yang susah dan perlu dibantu.

“Tidak ramai orang yang mahu turun padang mem- bantu dan mencari golongan warga emas.

“Program ini amat baik sekali dalam menyantuni golongan yang perlu dibantu,” ujarnya pada program itu semalam.

Mereka yang dibantu ialah Liu Nyuk Kiew 70, Awang Basar Brahim, 84, Alus Salleh, 70 dan SalbiahTim­bang, 70-an.

Racha menyifatka­n program itu sebagai satu usaha baik JKM untuk mendekati rakyat.

Katanya, aktiviti seumpama itu dilihat amat besar maknanya sejajar dengan objektifny­a untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapat perkhidmat­an atau bantuan daripada JKM.

“Tahniah dan syabas kepada JKM serta pihak yang terlibat.

“Kita harap program sebegini dapat diperluas malah diperhebat­kan lagi dari semasa ke semasa,” katanya.

Lebih 100 peserta daripada agensi terbabit menyertai program yang merupakan aktiviti beramah mesra dengan masyarakat, selain membantu dan menyalurka­n bantuan kepada golongan memerlukan termasuk warga emas di negeri ini.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang Monir Besar, Pengerusi PPWE Kapitan Ang Chiw Kiam, Ketua Kampung Seberang Kedai Rosli Ramli, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Seberang Kedai Mamat Karim dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawa­n Kebajikan Bahagian Limbang Adrus Tahir.

Tidak ramai orang yang mahu turun padang membantu dan mencari golongan warga emas. Racha Balang Wakil Pegawai Daerah Limbang

 ??  ?? SANTUNI WARGA EMAS: (Barisan kedua dari kiri) Mamat, Rosli, Monir, Racha, Ang dan Adrus bergambar bersama peserta program di Kampung Seberang Kedai semalam.
SANTUNI WARGA EMAS: (Barisan kedua dari kiri) Mamat, Rosli, Monir, Racha, Ang dan Adrus bergambar bersama peserta program di Kampung Seberang Kedai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia