Utusan Borneo (Sarawak)

100 ahli PEKIDA, 338 peserta menderma darah

-

BINTULU: Program Derma Darah bertemakan ‘Setitis Darah Seribu Makna 2.0’ disertai 100 ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) serta 338 penderma darah di Parkcity Commerce Square di sini.

Program anjuran PEKIDA Daerah Bintulu itu di bawah ‘Wakeup Project’ 2018 PEKIDA mendapat kerjasama Hospital Bintulu, Pejabat Kesihatan Bintulu dan Commerce Square Mall.

Setiap penderma darah diberi sijil penghargaa­n dan cenderamat­a daripada PEKIDA Bintulu.

Aktiviti berlangsun­g jam 8.30 pagi hingga 4 petang itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai dan perasmiann­ya disempurna­kan Pengerusi PEKIDA Daerah Bintulu Wan Sulaiman Maulana.

Wan Sulaiman berkata, aktiviti kemasyarak­atan itu merupakan kedua diadakan PEKIDA Daerah Bintulu selepas melihat sambutan menggalakk­an dalam aktiviti sama pada tahun lalu.

“Kami membuat sedikit kelainan tahun ini dengan menjemput Pejabat Kesihatan Bintulu memberi perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan percuma kepada orang awam dan Hospital Bintulu melaksanak­an pengambila­n darah,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 18 agensi turut dijemput menderma darah dalam program itu dan PEKIDA Daerah Bintulu membuka kaunter khidmat pelanggan serta maklumat kepada orang awam.

Wan Sulaiman berkata, melalui program itu pihaknya berjaya menghimpun­kan 338 penderma darah dan menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Ia satu angka di luar jangkaan dan kami berterima kasih atas sokongan dan komitmen semua khususnya Hospital Bintulu, Pejabat Kesihatan Bintulu dan Commerce Square Mall memberi kerjasama penganjura­n program itu.

“Saya juga mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Mohamad Zakry selaku pengurus projek bersama barisan jawatankua­sa pelaksana projek ini,” katanya.

 ??  ?? DERMA DARAH: Wan Sulaiman turut serta menderma pada Program Derma Darah ‘Setitis Darah Seribu Makna 2.0’.
DERMA DARAH: Wan Sulaiman turut serta menderma pada Program Derma Darah ‘Setitis Darah Seribu Makna 2.0’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia