Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai aktiviti menarik meriahkan program warga emas

-

SRI AMAN: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman menganjurk­an program warga emas ‘Got Talent’ di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin.

Jurucakap penganjur berkata, program itu untuk mencungkil bakat- bakat baharu dalam kalangan warga emas menerusi program atau perkhidmat­an disediakan Pejabat Kebajikan Masyakat Bahagian Sri Aman.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan sempena program itu termasuk ‘Chair Fitness’ dan senamrobik, pertanding­an masterchef goldenstar, karaoke kilauan emas, pertanding­an mewarna kategori warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak serta sukaneka integrasi.

“Penyertaan amat menggalakk­an terutama daripada pelanggan kami iaitu Pusat Penjagaan Warga Emas (PPWE) dan Pusat Aktiviti Warga Emas ( PAWE) di sekitar Sri Aman.

“Malah, kita menerima penyertaan daripada ahli-ahli wanita Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Sri Aman, Remaja Kafe @ teen Sri Aman, Penghuni Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Penghuni Rumah Seri Kenanga Sibu, warga Pelatih Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman serta kanak-kanak Tadika Simanggang,” katanya.

Beliau berkata, acara itu menarik 250 peserta termasuk pelanggan Pejabat Kebajikan Sri Aman serta penduduk setempat.

Program itu mendapat kerjasama Persatuan Isteri, Anak dan Anggota Wanita Penjara (PERSIAP) SriAman, HotelSeri Simanggang, Unit Kaunseling danPsikolo­gi, PejabatKeb­ajikan Masyarakat Bahagian Betong, Team Lay Kaunselor, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Kafe @ Teen Sri Aman dan Jawatankua­sa Kecergasan Sri Aman.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang dan penutupan program disempurna­kan Ketua Cawangan Khidmat Sokongan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Armisy Baseri.

 ??  ?? TAHNIAH: Armisy (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an pada program tersebut kelmarin.
TAHNIAH: Armisy (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an pada program tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia