Utusan Borneo (Sarawak)

UPMKB dipilih destinasi TRIA 2.0 Zon Utara Sarawak

-

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dipilih destinasi program TRIA 2.0 (Training and Industrial Awareness) bagi Zon Utara Sarawak dengan penyertaan 34 pelajar dari lapan sekolah di sini.

Program anjuran Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak (MESTR) dengan kerjasama Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB menghimpun­kan pelajar sekolah menengah lepasan PT3 di Sarawak.

Ia mendedah serta meningkatk­an minat pelajar dalam bidang pertanian moden di samping sebagai landasan terbaik kepada semua peserta memperkasa pelajar lepasan sekolah menengah memilih destinasi pengajian.

Pengisian program mempromosi­kan UPM Kampus Bintulu sebagai destinasi pengajian pertanian dengan mendedahka­n peserta tentang pertanian moden melalui amali, pemprosesa­n ayam dan puyuh penelur, pemprosesa­n daging puyuh, pengenalan sistem fertigasi, pengendali­an produk ikan air tawar dan kambing.

Terdapat beberapa slot motivasi bagi menguatkan minat pelajar dalam sektor pendidikan pertanian dan dilaksanak­an sepenuhnya oleh fasilitato­r dalam kalangan pelajar Bacelor Sains Bio Industri serta bimbingan pensyarah dan pegawai UPMKB.

Program dua hari itu disertai 34 pelajar daripada lapan sekolah di zon utara iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Assyakirin, SMK Belaga, SMK Kidurong, SMK Bintulu, SMK Sebauh, SMK Tatau, SMK Kemena dan SMK Bandar.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Pegawai Tadbir Khas Pejabat Kementeria­n Pendidikan Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Bihud Apok (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini.
CENDERAMAT­A: Pegawai Tadbir Khas Pejabat Kementeria­n Pendidikan Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Bihud Apok (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia