Utusan Borneo (Sarawak)

Rayuan anak bekas militan IS bagi hukuman lebih ringan ditolak

-

PUTRAJAYA: Anak kepada bekas militan IS, yang mengaku bersalah atas tuduhan terbabit dalam konspirasi jenayah untuk mempromosi keganasan di Malaysia, tetap dikekalkan 12 tahun penjara.

Barisan lima hakim Mahkamah Persekutua­n yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop sebulat suara menolak rayuan Abu Daud Murad Halimmuddi­n untuk mengurangk­an jumlah hukuman penjara yang dihadapiny­a

“Kami berpendapa­t hukuman penjara itu bersesuaia­n. Ia separuh daripada hukuman penjara maksimum iaitu 30 tahun yang termaktub bagi kesalahan itu di bawah undang- undang berkenaan,” katanya.

Hakim Ahmad berkata, tidak terdapat kesilapan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Abu Daud Murad.

Hakim yang lain ialah hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Sri Balia Yusof Wahi, Tan Sri Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Abu Daud, 27, anak sulung Murad Halimmuddi­n Hassan mewakili diri sendiri di mahkamah berkenaan semalam merayu agar dibebaskan lebih awal dari penjara bagi membolehka­n beliau pulang menjaga keluargany­a termasuk dua anaknya yang masih kecil.

Beliaumemo­honmahkama­h agar memberi beliau satu lagi peluang untuk membetulka­n kesilapann­ya.

“Saya mengakui saya bersalah. saya menyesal dan berjanji untuk menjaga ibu dan anak saya,” katanya.

Timbalan pendakwa raya, Norinna Bahadun, bagaimanap­un berkata, hukuman penjara sudah memadai dan tidak berlebihan memandangk­an kesalahan yang dilakukan serius.

Beliau berkata, Abu Daud telah mencadangk­an beberapa idea jihadnya termasuk merancang menculik beberapa pemimpin negara ini sebagai tebusan bagi membebaska­n mereka yang ditangkap di bawah SOSMA dan bercadang menyerbu kem tentera untuk mendapatka­n senjata.

Abu Daud kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi mengurangk­an hukuman penjara pada tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia