Utusan Borneo (Sarawak)

Cabul remaja: Bekas pegawai polis kekal dipenjara, rayuan ditolak

-

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai polis akan meringkuk di penjara selama 12 bulan selepas rayuan terakhirny­a untuk membatalka­n sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan mencabul tiga remaja lelaki dalam sebuah tandas enam tahun lepas, ditolak Mahkamah Rayuan.

HakimDatuk­AhmadiAsna­wi, yang mempengeru­sikan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan berkata, sabitan terhadap bekas penolong superinten­den polis, Cheah Sang Hee, bagi kesalahan mencabul ketiga-tiga remaja berkenaan dengan melondehka­n seluar mereka dan meramas kemaluan mereka, adalah kukuh dan selamat.

Beliau mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi mensabitka­n dan menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan ke atas Cheah bagi setiap daripada pertuduhan itu, yang diperintah berjalan serentak.

Hakim Ahmadi mengeluark­an waran komital terhadap Cheah, 48, untuk menjalani hukuman penjara itu bermula semalam. Cheah sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya diputuskan.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.

Dalam keputusan lisannya, Hakim Ahmadi berkata keterangan diberikan dua mangsa menunjukka­n tertuduh telah masuk ke dalam tandas, oleh itu percanggah­an keterangan diberikan tukang cuci adalah tidak kukuh untuk mengetepik­an sabitan itu.

Cheah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Klang atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan itu ke atas tiga remaja lelaki itu yang ketika itu berumur 15 dan 16 tahun, di atas lantai tandas di sebuah kedai serbaneka di Klang, Selangor, pada 7 September, 2012.

Dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak.

Tertuduh gagal dalam ray- uannya di Mahkamah Tinggi untuk membatalka­n sabitannya, tetapi berjaya mengurangk­an tempoh hukuman penjara kepada 12 bulan bagi setiap pertuduhan yang juga berjalan serentak.

Cheah kemudianny­a memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Cheah berhujah anak guamnya patut dibebaskan kerana terdapat tiga percanggah­an dalam keterangan di mahkamah dan kenyataan diberikan kepada polis oleh tukang cuci warga Nepal, yang merupakan saksi pihak pembelaan.

Beliau berkata sabitan Cheah adalah tidak selamat kerana Mahkamah Majistret tidak membuat keputusan bagi prosiding pendakwaan.

Hisyam memberitah­u pemberita, anak guamnya mengarahka­nnya untuk memfailkan semakan terhadap keputusan itu.

Sementara pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Datuk Patricia Tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia