Utusan Borneo (Sarawak)

RM70,000 sebagai dorongan untuk tidak mengganggu syarikat feri

-

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha feri enam tahun lepas.

Mohd Nazari Mohamed, 48, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Kamarudin Kamsun.

Dalam pertuduhan pertama, Mohd Nazari yang ketika itu bertugas di Pejabat Imigresen Tanjung Belungkor, Kota Tinggi dekat sini, didakwa meminta suapan sebanyak RM70,000 melalui satu panggilan telefon kepada syarikat pengangkut­an feri Panti Bistari Travel & Tour Sdn Bhd antara jam 12.50 tengah hari dan 1 petang pada 28 Jan 2012.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengganggu perniagaan syarikat terbabit dan melancarka­n kemasukan penumpang-penumpang feri yang diuruskan dari Batam, Indonesia ke Tanjung Belungkor.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hu- kuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau manamana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa menerima suapan sebanyak RM23,000 daripada pemilik feri terbabit di alamat nombor 30, Jalan SS8/10, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi antara jam10.20 malam dan 10.30 malam pada 31 Januari 2012, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan yang sama ke atas perniagaan feri terbabit.

Bagi pertuduhan kedua itu, Mohd Nazari didakwa mengikut Seksyen 17 ( a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman yang sama jika sabit dengan kesalahan.

Hakim kemudianny­a membenarka­n ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM Norsyarina Raizan manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Hazwan Hamidun. — Bernama BUTTERWORT­H: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berumur 16 tahun di dalam tandas sebuah pusat sukan di sini, dua minggu lepas.

Tertuduh yang berusia 14 tahun itu membuat pen- gakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof di dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

Remaja itu didakwa melakukan perbuatan keji itu di dalam tandas sebuah pusat sukan di Taman Cantik, di sini pada jam 9 pagi, 18 Oktober lepas mengikut Seksyen 377A Ka- nun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Dis ini untuk jatuh hukum dan membenarka­n tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Badaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterwort­h semalam terhadap sembilan pertuduhan menggunaka­n jawatannya untuk meluluskan syarikat adiknya sebagai pembekal pelbagai barangan untuk institusi itu.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Badaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterwort­h semalam terhadap sembilan pertuduhan menggunaka­n jawatannya untuk meluluskan syarikat adiknya sebagai pembekal pelbagai barangan untuk institusi itu.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Mohd Nazari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha feri enam tahun lalu.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Mohd Nazari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha feri enam tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia