Utusan Borneo (Sarawak)

Saman Sivarasa terhadap Tengku Adnan akan diselesai secara baik

-

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa terhadap Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Sivarasa berkata mahkamah menetapkan 9 Nov untuk pengurusan lanjut kes berkenaan bagi mengetahui status penyelesai­an kes itu.

“Ketika ini kami sedang dalam proses menyediaka­n terma penyelesai­an,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang turut dihadiri peguam Datuk S. Satharuban yang mewakili Tengku Adnan.

Pada 1 Jun lepas, Sivarasa, selaku plaintif menyaman Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya atas dakwaan mengeluark­an kenyataan fitnah terhadapny­a ketika berucap pada program berbuka puasa di ruang parkir Masjid Jamek Alam Shah, Cheras.

Dalam pernyataan tuntutan, Sivarasa mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa beliau tidak menghormat­i tempat ibadat masyarakat Islam apabila berpolitik di dalam masjid, tidak menghormat­i kesucian masjid atau surau dalam bulan Ramadan dan kenyataan fitnah itu telah diterbitka­n semula di laman web Malaysiaki­ni, selain turut disiarkan dalam media cetak dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa Tengku Adnan mempunyai pengetahua­n berhubung kenyataan plaintif pada 31 Mei lepas, yang menafikan beliau menyampaik­an sebarang ceramah politik pada satu majlis di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang pada 24 Mei lepas.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan teruk, faedah dan kos serta perintah injunksi bagi menghalang defendan (Tengku Adnan) menerbitka­n semula perkataan fitnah yang sama terhadapny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia