Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah mencuri air

-

KUANTAN: Sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah bengkel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuat sambungan haram dengan niat untuk mencuri air sejak Mac hingga Mei 2016.

Tertuduh M. Raja Gopal, 53, dan isterinya R. Sumathi, 53, yang merupakan rakan kongsi sebuah bengkel di Bandar Indera Mahkota, di sini, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut fakta kes, keduadua orang kena saman ini didapati melakukan sambungan bekalan air di satu tetiang meter sebuah premis kosong yang akaun bekalan airnya telah ditutup, tanpa melalui meter yang sah untuk kegunaan premisnya.

Premis berkenaan didapati menjalanka­n kegiatan kerjakerja pembaikan jentera berat dan tempat tinggal pekerja bengkel itu.

Perbuatan itu dikesan semasa pihak Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) Awam melakukan serbuan dan pemeriksaa­n di sebuah tapak tanah kosong di Bandar Indera Mahkota pada 30 Mei 2016, susulan aduan Pengurusan Air Pahang (PAIP).

Perbuatan itu didapati telah dilakukan sejak 1 Mac 2016 hingga 30 Mei 2016 iaitu selama 91 hari yang menyebab PAIP selaku pemegang lesen mengalami kerugian berjumlah RM5,015.44.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPAN Mohd Helmy Razelan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia