Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Selangor rampas 3,295 produk susu papar logo palsu

-

SHAH ALAM: Sebanyak 3,295 botol produk tenusu pelbagai jenis bernilai RM12,951.10 dirampas Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor semalam kerana tidak mempunyai sijil perakuan kesihatan ( VHM) Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV).

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata serbuan pada jam 11 pagi di sebuah kilang produk tenusu di kawasan perindustr­ian Kundang, Rawang dekat sini, dilakukan dengan kerjasama anggota penguatkua­sa JPV, hasil siasatan jabatan itu sejak dua minggu lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kilang yang diusahakan secara bersama oleh warga tempatan dan warga asing itu memperoleh bekalan susu mentah daripada pembekal di sekitar Lembah Klang sebelum diproses menjadi produk keluaran syarikat mereka.

“Ketika serbuan, sebanyak lapan pekerja iaitu tiga warga asing dan lima tempatan sedang memproses produk tenusu berkenaan. Pemeriksaa­n awal mendapati pengilang yang memulakan operasi sejak tahun lepas itu tidak pernah memohon mendapatka­n sijil VHM dan hanya mempunyai sijil halal yang sah.

Produk tenusu yang dijual di sekitar Lembah Klang pada harga RM2 hingga RM6 sebotol itu dirampas kerana pengilang didapati sengaja memaparkan logo VHM palsu pada label produk mereka,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Azman berkata, sebanyak 166,952 pelekat label botol bernilai RM8,349.60 turut dirampas kerana memapar- kan logo palsu yang disyaki boleh mengeliruk­an pengguna.

Beliau berkata mana-mana pengeluar produk berasaskan haiwan harus mempunyai sijil VHM untuk memastikan produk seperti susu, daging mahupun keju menepati piawaian yang ditetapkan bagi membendung sebarang jangkitan penyakit ke atas pengguna.

Katanya, KPDNHEP akan memanggil pemilik syarikat berkenaan untuk merakamkan percakapan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011.

“Bagi pertubuhan perbadanan, hukuman yang diperuntuk­kan di bawah seksyen itu ialah denda maksimum RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua serta berikutnya, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK SAH: Azman (lima kiri) bersama Dr Mariati (dua kanan) menunjukka­n produk minuman tenusu yang menggunaka­n logo JPV tidak sah pada sidang media di Pejabat KPDNHEP Selangor, Seksyen 14 Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama TIDAK SAH: Azman (lima kiri) bersama Dr Mariati (dua kanan) menunjukka­n produk minuman tenusu yang menggunaka­n logo JPV tidak sah pada sidang media di Pejabat KPDNHEP Selangor, Seksyen 14 Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia