Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengarah syarikat didenda terima deposit haram

-

PETALING JAYA: Seorang bekas pengarah syarikat pelaburan emas, Royal Gold yang bergelar ‘Datuk’ didenda RM50,000 atau 24 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM500,000 daripada dua pelabur, empat tahun lepas.

Hakim Mabel S.Muttiah menjatuhka­n hukuman itu selepas Datuk Yap Yee Hoo, 62, menukar pengakuan kepada bersalah atas keduadua pertuduhan itu pada hari pertama perbicaraa­nnya, semalam.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa menerima deposit daripada seorang peguam, Tan Cheng Tat, 51, berjumlah RM446,700 dan seorang ahli perniagaan, Mastura Abdul Muthalib, 53, berjumlah RM70,000 tanpa lesen sah di tingkat 1-2, Wisma BU 8, No. 11, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, di sini antara Julai dan Nov 2014.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Yap dilepas tanpa dibebaskan daripada dua pertuduhan menyalahgu­nakan wang pelanggan syarikat berjumlah RM666,700.

Mabel membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Zulkifli memaklumka­n Jabatan Peguam Negara menerima surat representa­si oleh tertuduh memohon untuk mengkaji semula dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dihadapiny­a.

Pada 23 Februari lalu, Yap didakwa sebagai pen- garah syarikat Royal Gold dengan sengaja tidak jujur menyalahgu­nakan wang pelanggan syarikat RM446,700 untuk kegunaan lain di Public Bank cawangan Taipan Subang Jaya, di sini antara Julai dan November 2014.

Bagi pertuduhan kedua pula, Yap dituduh menyalahgu­nakan harta milik Mastura iaitu jongkong emas yang bernilai RM220,000 untuk tujuan pelaburan di Syarikat Royal Gold Sdn. Bhd., No. 111 & 112, Blok F, Phileo Damansara 1, No. 9 Jalan 16/11 off Jalan Damansara, di sini, pada 15 April 2014.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam T. L. Chen memohon hukuman denda yang minimum dengan alasan anak guamnya mengaku bersalah sekaligus menjimatka­n masa dan kos mahkamah.

“Dalam kes ini, anak guam saya berusia 62 tahun dan dikategori­kan sebagai warga emas. Malah, dia insaf dan ingin bertanggun­gjawab dengan membuat pengakuan salah pada hari ini. Oleh itu, mohon mahkamah memberikan peluang kedua kepada anak guam saya agar dia dapat menghabisk­an sisa hidupnya dengan aman,” katanya.

Shazreen Nadia bagaimanap­un memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh mengambil kira kepentinga­n awam memandangk­an terdapat lebih 100 laporan berhubung kejadian ini.

“Walaupun tiada kecederaan terhadap mangsa namun jumlah kerugian dialami mangsa jelas menunjukka­n keseriusan kes ini. Oleh itu, mohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi perbuatan itu lagi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia