Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan buat sebarang spekulasi atau menuduh polis tidak buat kerja

-

KANGAR: Siasatan kes cabul remaja bawah umur membabitka­n seorang ahli parlimen di Perlis, hampir selesai setelah pihak polis merekodkan keterangan 10 individu termasuk kenyataan suspek di Bukit Aman, pagi semalam.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata, pihaknya turut merekodkan keterangan ibu, bapa dan guru mangsa serta pemandu suspek yang dikatakan berada di tempat kejadian sewaktu insiden itu berlaku.

“Kita jangka kertas siasatan akan siap dalam masa terdekat dan akan dihantar ke Bukit Aman untuk penelitian sebelum diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menghentik­an

Bagaimanap­un, mangsa menarik balik laporan pada jam 10.30 pagi pada hari yang sama dengan alasan tidak mahu memanjangk­an perkara berkenaan, namun pihak polis tidak pernah hentikan siasatan sejak menerima laporan kes itu. SAC Noor Mushar Mohamed Ketua Polis Perlis

siasatan kes berkenaan walaupun ia melibatkan VVIP, seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

“Mangsa berusia 15 tahun mendakwa dicabul pada jam 11.30 malam, 20 Okt lepas di dalam sebuah kereta di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra dan pihak polis menerima laporan pada jam 2.50 pagi, 21 Okt lepas.

“Bagaimanap­un, mangsa menarik balik laporan pada jam 10.30 pagi pada hari yang sama dengan alasan tidak mahu memanjangk­an perkara berkenaan, namun pihak polis tidak pernah hentikan siasatan sejak menerima laporan kes itu,” kata Noor Mushar.

Ketika ditanya adakah wujud unsur sogokan atau ugutan sehingga mangsa yang berasal dari Mata Ayer, Padang Besar menarik balik laporan itu, Noor Mushar berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan jika menerima laporan mengenainy­a.

“Buat masa ini belum ada sebarang laporan mengatakan mangsa disogok atau diugut, jadi saya minta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau menuduh pihak polis tidak melakukan kerja.

“Kami menjalanka­n siasatan tanpa berat sebelah dan dalam masa yang sama kami ingin ‘menjaga’ mangsa kerana tidak mahu beliau menghadapi tekanan emosi atau sebarang gangguan kerana kes ini menjadi perhatian umum,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia