Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak bersenjata: Banduan dipenjara, satu sebatan

-

KUALA LUMPUR: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan merompak, sekali lagi dihukum penjara masing-masing empat tahun dan satu sebatan atas tiga pertuduhan melakukan rompak bersenjata­kan pisau di beberapa buah kedai serbaneka di sekitar ibu negara dengan mengambil rokok pelbagai jenama dan wang.

Hakim Dr Gan Chee Keong menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan bagi setiap tuduhan terhadap Siah Chee Ming, 43, selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merompak dan memerintah­kan Siah yang tidak bekerja menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh tang- kap pada 2 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan rompak bersenjata­kan sebilah pisau terhadap dua warga Bangladesh Md Aminul, 24, dan Yeasin Khan, 22, dengan mengambil 28 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM473 dan enam kotak rokok pelbagai jenama serta wang tunai RM119 di 7 Eleven, Taman Kok Lian, Sentul, pada 12 Julai lepas jam 2.01 pagi dan 3.14 pagi, 28 Julai lepas.

Dia j uga dituduh merompak bersenjata­kan pisau terhadap warga Nepal Rai Som Kumar, 28, dengan mengambil wang tunai RM107 di 7 Eleven Unit G3 & G4, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh di sini pada jam 6.30 pagi, 31 Julai lepas.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda serta sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Yaacub memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh atas alasan ini merupakan kesalahan serius.

“Tertuduh adalah penyamun tegar dan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius memandangk­an kesalahan ini semakin menjadi- jadi di sekitar Kuala Lumpur,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia