Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah peruntukan, perkasa SPRM banteras rasuah: TI-M

-

KUALA LUMPUR: Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar mencadangk­an kerajaan memberi bajet tambahan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengurangk­an kadar rasuah di negara ini.

“Mereka ini (SPRM) banyak menyelesai­kan isu-isu rasuah besar antaranya melibatkan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) serta ahli politik yang menyelewen­g dana.

“Oleh yang demikian, tidak salah untuk diberi bajet lebih bagi memperkasa­kan ketumbukan SPRM menangani rasuah,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Persidanga­n Anti- Rasuah 2018 di sini semalam.

Belanjawan 2019 akan dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen petang Jumaat ini.

Sementara itu, Akhbar berkata persidanga­n semalam akan menjadi platform terbaik bagi mencari langkah penyelesai­an membantera­s rasuah bersama negara luar.

Katanya, dalam persidanga­n rasuah berkenaan ramai panelpanel dari luar negara dijemput hadir dan bekerjasam­a dengan mereka bagi menyelesai­kan masalah rasuah.

“Kami akan mengadakan perbincang­an dengan negaranega­ra luar yang mempunyai tahap Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang rendah dan baik serta berkongsi maklumat dengan mereka serta bertukar pandangan untuk selesaikan masalah rasuah.

“Pertemuan ini diadakan untuk mempertegu­h dan mempamerka­n inisiatif dan hasrat bagi menangani sogokan dan rasuah di samping meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang jenayah kewangan,” katanya.

Akhbar juga mendedahka­n, Malaysia berada di tangga ke62 daripada 180 negara dalam CPI pada tahun lepas berbanding 55 pada tahun 2016.

Beliau berkata ini merupakan tahap rasuah di Malaysia yang paling buruk sejak penubuhan CPI pada tahun 1994. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia