Utusan Borneo (Sarawak)

Pembekuan cuti adalah kesiapsiag­aan semua pihak termasuk agensi yang mengguna, menggerak aset

-

PUTRAJAYA: Cuti semua anggota penyelamat dan pasukan pengurusan bencana pihak berkuasa tempatan dibekukan bermula November hingga Disember bagi menghadapi bencana banjir Monson Timur Laut, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau, yang mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat ( JKTPBP) yang pertama semalam berkata, arahan pembekuan itu sebagai kesiapsiag­aan semua pihak termasuk agensi yang mengguna dan menggerak aset.

Antara agensi terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia.

“Monsun Timur Laut bermula Sabtu lepas ( 27 Okt) dan akan berlanjuta­n sehingga Mac tahun hadapan, dan Jabatan Meteorolog­i Malaysia menjangkak­an empat hingga enam episod hujan lebat bermula November,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat itu di sini.

Dr Wan Azizah berkata hujan lebat yang berterusan ketika Monsun Timur Laut berpotensi mengakibat­kan bencana seperti banjir, tanah runtuh, hakisan pantai, dan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan air pasang besar, maka risiko kejadian banjir dan bencana lain akan bertambah buruk.

Menurut beliau, pada November hujan lebat diramalkan bermula di Kelantan dan utara Terengganu. Pada Disember pula, ia akan berlanjuta­n di selatan Terengganu, Pahang dan Johor manakala di Sabah dan Sarawak pada Januari tahun hadapan.

Selain itu, kemungkina­n fenomena air pasang besar akan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak sepanjang Monsun Timur Laut kali ini.

Dr Wan Azizah berkata Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Waspada (kuning) pada 29 Okt hingga 1 Nov telahpun dilkeluark­an bagi Kelantan, Terengganu pada Sabtu lepas.

Pada tempoh yang sama, Pusat Kawalan Bencana Ne- gara (NDCC) telah mengeluark­an Notis Kesiapsiag­aan kepada agensi berkaitan, katanya.

“PDRM hendaklah bersiapsia­ga untuk menghadapi situasi banjir dengan menggerakk­an aset dan keanggotaa­n sedia ada iaitu 31,531 orang seluruh kontinjen di seluruh negara dan Ketua Polis Negeri hendaklah dalam keadaan bersedia sepenuhnya untuk mengetuai operasi,” katanya.

Mesyuarat semalam juga memutuskan bahawa Pos Kawalan Tempat Kejadian dan Pos Kawalan Operasi Bencana (POKB) hendaklah mula diaktifkan, serta Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah ( JPBD) hendaklah melantik pegawai perhubunga­n di POKB untuk menyelaras pergerakan badan bukan kerajaan.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Malaysia hendaklah mengatur gerak pusat pemindahan banjir yang kini berjumlah 5,448 bagi menampung kapasiti seramai 1.65 juta.

Seramai 6,499 pegawai, 186 kaunselor dan 839 Pasukan Penyokong Psikologi serta 5,620 sukarelawa­n JKM perlu digerakkan. “Lima depoh, 165 stor bencana dan 581 pengkalan hadapan hendaklah selesai membuat penambahan stok serta siapsiaga untuk berkhidmat. Kita mahu stok yang segar dan belum ‘expire’,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar juga hendaklah mengatur gerak kesiapsiag­aan untuk pemindahan haiwan semasa banjir kerana negara pernah mengalami kerugian berjuta-juta ringgit melibatkan lembu, kerbau, kambing, ayam, khinzir dan rusa.

Dr Wan Azizah juga menyaranka­n orang ramai untuk mendapatka­n maklumat tepat dan terkini cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorolog­i Malaysia di www.met.gov.my, aplikasi mobil MyCuaca, dan dalam laman media sosial seperti Facebook (malaysiame­t) serta MMD Hotline talian 1-30022-1638.

“Jangan mudah percaya kepada gambar atau video viral mengenai kejadian banjir yang berlaku beberapa tahun lepas. Dapatkan situasi sebenar menerusi laman sosial yang disediakan oleh Jabatan Meteorolog­i,” katanya.

Beliau menyeru rakyat untuk memastikan keselamata­n ketika berlakunya banjir, serta mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah serta jika perlu pindah awal, untuk mengelakka­n kemalangan jiwa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Ismail menyampaik­an ucapan pada majlis Istiadat Penganuger­ahan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Diploma Awam di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Ismail menyampaik­an ucapan pada majlis Istiadat Penganuger­ahan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Diploma Awam di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa pengurusan bencana pusat di Dewan Persidanga­n ICU Bangunan Perdana Putra dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa pengurusan bencana pusat di Dewan Persidanga­n ICU Bangunan Perdana Putra dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia