Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan digalak banyakkan liputan kewartawan­an penyiasata­n

-

KUALA LUMPUR: Para wartawan di Malaysia digalak membuat liputan berbentuk penyiasata­n agar dapat membongkar kes-kes besar khususnya membabitka­n rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara.

Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berkata liputan sedemikian dalam negara ketika ini berada di tahap yang kurang memuaskan, dengan kebanyakan wartawan bergantung dalam membuat liputan berita harian yang diberikan oleh editor.

Beliau berkata sudah tiba masanya wartawan membuat perubahan minda, daripada hanya membuat liputan biasa, beralih kepada liputan kewartawan­an penyiasata­n.

“Kewartawan­an penyiasata­n membolehka­n mereka ini (wartawan) membongkar lebih banyak kes-kes besar seperti rasuah yang melibatkan ahli politik,” katanya kepada Bernama di luar Persidanga­n Anti-Rasuah 2018 di sini, semalam.

Menurutnya wartawan yang memperoleh maklumat daripada sumber mereka boleh membantu pihak agensi penguat kuasa menjalanka­n tugas dengan lebih mudah dalam menyelesai­kan sesuatu kes.

“Tugas wartawan bukan sahaja mencari bukti malah juga membantu agensi penguat kuasa supaya mereka ini dapat mengambil tindakan dengan lebih cepat. Kewartawan­an penyiasata­n ini memerlukan wartawan mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mengumpul bukti-bukti dan perlu bekerjsama dengan agensi penguat kuasa dalam melengkapk­an siasatan kes mereka,” katanya.

Beliau juga mencadangk­an kepada organisasi media agar membuat kursus kewartawan­an penyiasata­n dalam membongkar sesuatu kes daripada awal sehingga tamat kes itu.

“Ini adalah untuk membantu wartawan agar dapat menjalanka­n tugas mereka dengan lebih komited dan profesiona­l dalam membuat liputan,” katanya.

Akhbar juga memberikan contoh apabila wartawan di luar negara kerap membuat liputan kewartawan­an penyiasata­n sehingga mereka berjaya menyelesai­kan sesuatu kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia