Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam harus beri kesetiaan tidak berbelah bahagi

-

PUTRAJAYA: Anggota perkhidmat­an awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara, Yang diPertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata anggota perkhidmat­an awam memikul satu tanggungja­wab besar dalam memastikan bahawa segala urusan kerajaan adalah berpanduka­n ‘rule of law’ dan amanah serta kewajipan ditunaikan dengan penuh taat setia.

“Dalam apa jua tugas yang dilaksanak­an, adalah penting melaksanak­annya dengan penuh taat, beramanah dan berintegri­ti serta jangan sesekali mengutamak­an kepentinga­n diri sendiri atau kepentinga­n pihak-pihak tertentu.

“Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan yang diambil haruslah berpanduka­n peraturan yang telah digubal,” katanya ketika berucap pada istiadat penganuger­ahan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Intan di sini semalam.

Ismail berkata pegawai Perkhidmat­an Tadbir dan Diplomatik (PTD) bertanggun­gjawab menyahut cabaran membuktika­n kepada dunia bahawa Malaysia mampu kembali menjadi ‘Harimau Asia’ seperti yang ditetapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

” Semua penjawat awam dan PTD khususnya harus bekerja lebih keras lagi untuk memperbaik­i kedudukan Malaysia bagi meningkatk­an kemasukan pelaburan terus asing yang seterusnya akan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia boleh menjadi Harimau Asia semula dengan sambutan pelabur asing yang berjanji mahu melabur ke negara ini.

Seramai 395 graduan dianugerah­kan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmat­an Awam.

Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) bagi tempoh 2015-2018 dan Ketua Setiausaha wanita yang pertama di Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Arpah Abdul Razak merupakan penerima anugerah Felo Intan pada sesi kali ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia